Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kehidupan LeYa tidak banyak bezanya dengan kehidupan manusia yang lain. LeYa masih menjalani hidup ini seperti orang lain. Mempunyai masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 setahun.
LeYa mempunyai keluarga, memenuhi keperluan hidup setiap minggu, menikmati keriangan jika ada masa terluang, melayari internet, bersuka ria bersama keluarga dan keluar berjalan bersama insan tersayang. Tetapi ada waktu dan ketikanya LeYa terpaksa menghabiskan masa di hadapan laptop untuk menyiapkan kerja-kerja yang diambil dan diberikan oleh pelanggan.
LeYa masih belum lagi bekerja di mana-mana sektor awam mahupun swasta. Yang hanya LeYa lakukan sekarang adalah mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LeYa Production dan mengambil kerja-kerja dari pelanggan. Kehidupan bermula seawal jam 8.00 pagi. Bersiap untuk menghadapi tugas-tugas di skrin laptop dan membuat promosi di Internet. Kadang-kadang LeYa akan mengambil masa yang lama di hadapan laptop untuk menyelesaikan tugasan LeYa itu. Bukan mudah untuk menjadi seorang Web Developer yang perlu mengorbankan banyak masa dan benda.
Berhenti apabila melakukan kerja rumah, makan, solat dan persiapan diri. Itupun kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja rumah demi menyiapkan tugasan pelanggan. Bila malam tiba, LeYa akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam menjadi seorang pembangun laman web.
Sekitar ruang masa ini saya melayari Facebook, Twitter, membalas email, menulis artikel, mengemaskini blog dan pada waktu yang sama menyiapkan kerja-kerja pelanggan yang diberikan. Selalunya saya akan masuk tidur untuk merehatkan diri lebih kurang jam 1 pagi atau 2 pagi (bergantung kepad kerja yang ingin disiapkan).
Mungkin bagi sesetengah insan, kehidupan ini sangat padat dan kurang menyeluruh. Namun, saya bahagia dan seronok dengan kerjaya saya sebagai Web Developer dan Businesswoman.
Leya production : wow bestnye ade nme cmpny sndri..thniah n all da best..
BalasPadam