Selasa, 31 Julai 2012

Cara Meningkatkan EQ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Kemampuan seseorang
a. Mengetahui bagaimana memaafkan orang lain.
b. Berfikir lebih mendalam dan dari sudut yang berlainan.
c. Menerima pendapat orang lain.
d. Menyedari perasaan orang lain.
e. Bersahabat dengan orang dengan ikhlas.
f. Hargai dan fikirkan orang lain.
g. Bukalah minda.
h. Bersopan.


2. Kemampuan mengendalikan perasaan
a. Carilah teman yang baik ketika menghadapi masalah.
b. Dengar muzik atau lagu kegemaran.
c. Luahkan kesedihan dan kemarahan bersendirian
d. Menjerit kuat-kuat ketika tiada orang.


3. Muhasabah diri
a. Tanya rakan anda kebaikan dan keburukan anda.
b. Perbetulkan keburukan diri secara terus menerus supaya ada kemajuan.

4. Bertegas
a. Berfikirlah lebih mendalam dengan pandangan sudut yang berbeza.
b. Menyedari perasaan orang lain.
c. Menerima perbezaan pendapat dan cara.


5. Motivasi Diri
a. Lebih banyak muahasabah diri.
b. sentiasa gembira.
c. Yakin akan masa depan.
d. Percaya pada diri sendiri bahawa anda mempunyai kemampuan memecahkan masalah.
e. Ingatlah selalu tujuan hidup setiap hari.
f. Membayangkan kebahagiaan dari sukses.
g. Berilah dirimu beberapa hadiah sebagai pemicu semangat.

Isnin, 30 Julai 2012

Kehidupan Seorang Freelancers Web Development


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kehidupan LeYa tidak banyak bezanya dengan kehidupan manusia yang lain. LeYa masih menjalani hidup ini seperti orang lain. Mempunyai masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 setahun.

LeYa mempunyai keluarga, memenuhi keperluan hidup setiap minggu, menikmati keriangan jika ada masa terluang, melayari internet, bersuka ria bersama keluarga dan keluar berjalan bersama insan tersayang. Tetapi ada waktu dan ketikanya LeYa terpaksa menghabiskan masa di hadapan laptop untuk menyiapkan kerja-kerja yang diambil dan diberikan oleh pelanggan. 

LeYa masih belum lagi bekerja di mana-mana sektor awam mahupun swasta. Yang hanya LeYa lakukan sekarang adalah mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LeYa Production dan mengambil kerja-kerja dari pelanggan. Kehidupan bermula seawal jam 8.00 pagi. Bersiap untuk menghadapi tugas-tugas di skrin laptop dan membuat promosi di Internet. Kadang-kadang LeYa akan mengambil masa yang lama di hadapan laptop untuk menyelesaikan tugasan LeYa itu. Bukan mudah untuk menjadi seorang Web Developer yang perlu mengorbankan banyak masa dan benda. 

Berhenti apabila melakukan kerja rumah, makan, solat dan persiapan diri. Itupun kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja rumah demi menyiapkan tugasan pelanggan. Bila malam tiba, LeYa akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam menjadi seorang pembangun laman web. 

Sekitar ruang masa ini saya melayari Facebook, Twitter, membalas email, menulis artikel, mengemaskini blog dan pada waktu yang sama menyiapkan kerja-kerja pelanggan yang diberikan. Selalunya saya akan masuk tidur untuk merehatkan diri lebih kurang jam 1 pagi atau 2 pagi (bergantung kepad kerja yang ingin disiapkan).

Mungkin bagi sesetengah insan, kehidupan ini sangat padat dan kurang menyeluruh. Namun, saya bahagia dan seronok dengan kerjaya saya sebagai Web Developer dan Businesswoman. 

Gambar Hiasan bagaimana tekunnya seorang Pembangun Web bekerja

Ahad, 29 Julai 2012

New Born - Zaim Yusuff

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru hari ini LeYa dapat menulis kisah di blog kesayangan ni... Sejak beberapa hari lalu, LeYa agak sibuk dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Diharapkan para blogger yang sentiasa menunggu entry2 terkini dari LeYa masih setia bersama LeYa. LeYa mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kerana memberi semangat untuk LeYa setia menjadi blogger sehingga kini. 

Ok lah kawan2... LeYa nak ceritakan yang LeYa baru menyaipkan satu album new born di mana saudara LeYa yang ke-29 iaitu anak kepada Maksu dan Paksu ku yg keempat. Baby yang dilahirkan adalah seorang lelaki dan diberi nama Zaim Yusuff. Baby yang sentiasa ceria dan tersenyum walhal waktu tidur sekalipun. Zaim Yusuff seorang yang comel.

Cover Album New Born - Zaim Yusuff
Bersama Nenda

Terbeliak matanya yang bundar itu...

Lenanya dikau tidur... Jadilah anak soleh dewasa nanti...Amin..

Cute nyer....

Masih tersenyum walaupun tengah tidur...

Khamis, 26 Julai 2012

Sabar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berkata-kata LeYa pada pagi ini tentang Apa itu Sabar?? Kenapa kita perlu Sabar??

Sabar adalah sifat yang paling penting dalam kehidupan. Tanpa sabar kita tidak mampu mencapai kejayaan.Sabar adalah perhiasan kepada mereka yang ingin kehebatan.

Sabar bukanlah dengan kata-kata,tetapi ia adalah amal hati yang menyebabkan kita tidak mengeluh dan berputus asa. Sekiranya kita mencapai sifat ini, maka kita telah mendapat seribu kebaikan. Ya Allah,kurniakanlah kesabaran.

Ahad, 22 Julai 2012

Kelebihan Surah al-Waqi'ah

Surah al-Waqi'ah ialah surah yang ke-56 dalam al-Quran, terletak pada juzuk ke-27 dan terdiri daripada 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas surah Taha ini dinamakan dengan al-Waqi'ah (Hari Kiamat), diambil daripada perkataan al-Waqi'ah yang terdapat apada ayat pertama. dalam  surah al-Waqi'ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh oramg Mukmin dan orang kafir. diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah al-Waqi'ah ini, dengan amalannya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Surah al-Waqi'ah ialah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu." (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasy al-Khafa').

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran." (Riwayat daripada Ibn Mas'ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

"Ajarkanlah surah al-Waqi'ah kepada isteri-isterimu, kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan." (Hadis riwayat Ibn Ady).

Menurut fatwa sebahagian ulama katanya:

"Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula."

Antara fadilat-fadilat membaca surah al-Waqi'ah ialah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan ditimpa kepapaan.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surah al-Waqi'ah ialah surah kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu."

2. Berkata Masruq: "Siapa ingin mengetahui cerita orang terdahulu dan orang terkemudian, serta cerita ahli syurga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surah al-Waqi'ah." (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269).

3. Imam Jaaar R.A. berkata: "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari keperluan. Maka Allah S.W.T. mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahnya kembali pada orang itu." (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam  Khawashul Qur'an sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka ditunaikan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan sesiapa membaca surah al-Waqi'ah sesudah solat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka ditunaikan hajatnya terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan ditunaikan rezeki daripada Allah dengan tidak disangka-sangka datangnya, maka bacalah surah al-Waqi'ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surah al-Waqi'ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Saad al-Mufti mengatakan bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa (membiasakan) membaca surah al-Waqi'ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya."

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Assamualaikum dan Salam Sejahtera...


Tanggal 1 Ramadhan 1933H, Umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan yang penuh diberkati Allah. Bulan yang mengampuni segala dosa hambanya, bulan yang mengajak kita untuk sama-sama memperoleh keberkatan dan hidayah dari Allah S.W.T.. Ya! Bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Selama satu tahun kita tidak pernah berhenti untuk makan dan terus makan. Hanya sebulan ini kita akan memberi ruang pada perut kita untuk beristi rehat setelah hampir setahun bekerja keras untuk kita. Berpuasa adalah satu amalan di mana ia menahan segala nafsu kita daripada makan dan minum, daripada melakukan perkara maksiat dan jahat, dan juga menahan dari perasaan marah atau iri hati pada orang lain. Sesungguhnya kita perlu mendisiplinkan diri kita agar menjadi insan yang lebih baik di sisi masyarakat. Namun, bukanlah ia hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Sebaiknya lakukanlah ia di bulan-bulan yang lain kerana ia lebih mulia di sisi Allah dan masyarakat. Menjadi umat manusia yang baik bukanlah sukar. Hanya menurut sahaja keperluan Allah S.W.T. dan menghormati ibu bapa serta kaum keluarga dan masyarakat, lebh dari cukup untuk menjadi insan baik. 

Alhamdulillah... Pada tahun ini dapat juga aku mengecapi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Sudah 25 tahun umurku. Bermakna sudah hampir dua dekad aku mengerjakan rukun Islam ketiga iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan.


Akhir kata dari LeYa, mohon maaf atas kesilapan selama ini jika ada menulis entry2 yang menyakiti hati para blogger di sana. Sama2 kita menghayati Ramadhan pada kali ini. InsyaAllah.

Rabu, 18 Julai 2012

Nak buat business internet tapi taknak keluar modal?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nak buat business internet tapi xnak keluar modal? TRY THIS!FREE REGISTER sampai 27.OGOS.2012....lepas tarikh tu xde FREE lagi...so,tggu ape lagi..klik link ni sign up dan dpatkan lebih bonus....http://prelaunchx.com/x/anagurlz87

MINTAK PERHATIAN.. DIMINTA YG BARU JOIN PLX NI SILA GUNAKAN GUIDELINE INI UNTUK CLEAR TASK ANDA DI WEBPAGE PLX.. TQ

01) Pertama sekali..klik link penaja anda..sebagai contoh saya adalah penaja anda..anda cuma perlu klik link ini untuk info dan daftar percuma sehingga 27/08/2012.. kemudian klik 'Sign Up'pastu isikan Username anda suka..pastu isikan email anda sendiri serta password anda..selepastu isikan sekali lagi password anda di kotak verify password..pastikan password anda adalah sama dgn password semasa anda isikan password mula2 tadi dan mudah diingat..selepas tu Sign up..anda akan masuk kembali ker log in page..taip username anda dan password anda sama seperti yang anda taip di page sign up tadi..

02) Kedua bila anda Login, anda akan masuk ke Page akaun anda sendiri....anda lihat $100 tu milik anda. anda lihat sebelah atas kanan page akaun anda di mana ada tertulis "TASK". anda klik Task tu dan masuk ke page Task List. anda klik "click here" di area "Task: Subscribe to email updates." Isikan email anda tadi utk "FeedBurner Email Subscription Request" dan kemudian verify subscription.

03) ketiga,Klik petak I have subscribed dan klik "clear task".Kemudian "click here" di area "Task: Enter your payee information." Isikan email anda di kotak "Payee Email Adress", "Payee Full Name" iaitu nama penuh anda ikut Mykad" dan isikan juga di kotak "Payee Physical Address" iaitu alamat rumah atau pejabat anda. anda kena isi nama dan alamat yg tepat dan betul krn maklumat tu akan di tulis ke dlm check anda nanti utk hantar bonus. kalau isi nama samaran atau alamat tak betul, check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda. dah selesai semua tu anda klik "Update Information". Kemudia di page Task lIst tu anda klik di kotak "I have entered my payee information! dan kemudian klik "clear task.

04) anda akan masuk semula ke Main Page akaun anda, kemudian lihat di bawah Page bahagian "Your Referral Link". Skrg link tu dah jadi milik anda. anda dah boleh promosi link anda. Copy paste link anda dan letakkan di wall FB anda. kalu ada tweeter, blog, website sendiri, lagilah bagus krn lebih ramai org akan lihat dan klik link anda utk daftar sptmana anda buat tadi. Setiap org signup melalui link anda, anda akan dapat bonus dan commision bulanan. Lagi ramai org join melalui link anda, anda akan dpt lebih banyak bonus dan komisen. Sekiranya anda dapat 3 org signup direct melalui link anda. Lock Level 1 hingga Level 5 akan terbuka secara automatik dan anda dah layak utk menikmati bonus setiap level 1 hingga Level 5.


Most Recent Trade Details and Chart
Business & Monthly Commissions

Selasa, 17 Julai 2012

Majlis Pertunangan Ieca + Fadli

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 15 Julai 2012 yang lalu, LeYa diberi kepercayaan untuk merakam gambar kenangan indah pasangan bakal pengantin di Majlis Pertunangan nya di Jasin, Melaka. Perasaan menjadi photographer di majlis-majlis keramaian amatlah risau kerana belum banyak lagi pengalaman yang tersemat di dada. Namun, atas tanggungjawab yang diamanahkan, LeYa gagahkan diri menyiapkan tugasan ini. Dan di bawah ini adalah serba sedikit hasil dari LeYa.

Cover Album

Ieca + Fadli

Hantaran dari Pihak Lelaki

Hantaran dari Pihak Perempuan










More picture on: LeYa Production Facebook

Ahad, 8 Julai 2012

Hari Ulang Tahun Ke-25

Hari ini 08 Julai 2012. Merupakan hari bermakna buat diri LeYa. Kenapa ye??? Ape yg penting sangat tu?? hehehe....


Sempena ulang tahun harijadi LeYa yg ke-25 ni, keluarga Mr. F telah bertandang ke rumah LeYa dengan membawa satu hajat. Mereka datang merisik khabar untuk diri LeYa pada anak terunanya, Mr. F sayalah.. hehe... Perbincangan berlaku di antara keluarga Mr. F berserta keluarga LeYa. 

Dalam pada itu, Mr. F membawa kek harijadi yang sangat cantik dan lazat untuk diri LeYa. Terharu seketika. Terasa diri ini betul disayangi. Dia ingat aka tarikh keramat LeYa dilahirkan itu..hehehe...

Pemberian dari Mr.  F
Hari yang amat memberi makna buat diri LeYa. Dua perkara berlaku dalam satu hari. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Mr. F yang LeYa sayangi...  

Jumaat, 6 Julai 2012

London Miliki Bangunan Tertinggi Di Eropah

Dipetik dari >> http://mynewshub.my

Bangunan Tertinggi Di Eropah

LONDON – Bangunan pencakar langit tertinggi di Eropah, Shard yang dibina dengan 95 peratus dana dari Qatar, dirasmikan di sini semalam.
Struktur besi dan kaca setinggi 310 meter itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Qatar, Hamad Jassem Al-Thani dan Putera Andrew yang merupakan anak lelaki pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Satu pertunjukan cahaya laser dengan iringan muzik orkestra diadakan bagi menyerikan majlis perasmian tersebut.
Perasmian berkenaan menandakan pembinaan bahagian luar bangunan itu telah siap.
Bangunan Shard terletak di tebing selatan Sungai Thames dekat Jambatan London di sini.
Kerja-kerja menyiapkan bahagian dalaman bangunan berkenaan dijangka berterusan sehingga tahun hadapan.
Bangunan itu lebih rendah jika dibandingkan dengan Bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia.
Burj Khalifa setinggi 828 meter.
Bagaimanapun, bangunan Shard mengatasi Menara Moscow di Rusia sebagai bangunan tertinggi di Eropah.
Nama Shard diberikan oleh arkitek Itali yang mereka bentuk bangunan berkenaan, Renzo Piano.
Dengan kapasiti boleh memuatkan 12,000 orang, bangunan setinggi 95 tingkat itu akan menempatkan sebuah hotel lima bintang, ruang pejabat seluas 600,000 meter persegi dan beberapa restoran mewah serta kedai.
Bangunan pencakar langit berbentuk meruncing itu juga akan menempatkan 10 unit apartmen.
Setiap apartmen dilaporkan berharga sehingga £50 juta (RM246 juta).
Apartmen di tingkat 53 hingga 65 bangunan itu merupakan kediaman tertinggi di Britain.
Dibina dengan kos £450 juta (RM2.22 bilion), Shard akan dibuka sebagai tarikan pelancong pada Februari depan. Setakat ini lebih 17,500 orang mendaftar secara dalam talian untuk melawat dek pemandangan bangunan tersebut manakala tiket bagi tujuan tersebut boleh ditempah bermula hari ini. – AFP

14 hari lagi...


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi. Ada di kalangan kita pada bulan Rejab lagi sudah selesai membuat tempahan baju-baju raya untuk menyambut bulan Syawal. Barangkali ada yang perlu meminjam duit, menyimpan duit selama setahun untuk persiapan bulan Syawal. Apakah persiapan kita menjelang Ramadhan pula?
Salah satu sifat orang-orang kaya adalah suka memberi, bersedekah kepada orang lain. Justeru, kita perlu didik sikap suka bersedekah sebagai satu sifat yang sebati dengan diri kita. Apatah lagi setiap tahun ada bulan Ramadhan yang merupakan salah satu peluang yang Allah beri kepada kita semua untuk mendapat pahala dan ganjaran yang berganda-ganda.
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya sedekah yang dikeluarkan pada hari Jumaat mempunyai kelebihan berbanding pada hari-hari lain. Bersedekah pada hari Jumaat nisbah kepada hari-hari lain di dalam seminggu, samalah dengan sedekah yang dikeluarkan di dalam bulan Ramadhan nisbah kepada yang dikeluarkan di dalam bulan-bulan lain di dalam setahun.”
(Zad Al-Ma’ad)
Selain itu, bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah:
  1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
  2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
  4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.

Rabu, 4 Julai 2012

Aku dan Fotografi

Aku memang minat fotografi. Aku akan pinjam kamera dari rakan atau saudara-maraku untuk merakam detik-detik kenangan indah bersama keluarga, rakan-rakan serta Mr. F(insan yang disayangi). Rasanya aku mula minat dengan bidang fotografi sejak dari Sem 2 di Perlis semasa aku melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Aku dan 5 orang rakan dalam satu kumpulan ditugaskan untuk menyiapkan satu projek audio dan video. Jadi, kami akan menggunakan video camcoder atau kamera untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dari situ, aku mula mengenal apa itu Fotografi? Sesuatu yang indah apabila aku dapat merakam gambar-gambar kenangan. Namun, pada waktu itu, aku belum tahu sangat segala benda pasal gambar ni. ISO?? Speed Light?? Aperture?? dan banyak lagi... Yang aku tahu angle setiap gambar perlu ade style dan cara kita merakam gambar tersebut. Dan aku ingat lagi aku pernah ambil gambar rakan-rakan sehingga memori penuh. Bila aku dah edit dan print, nak jual pada mereka pun tak balik modal... Huhuhu...


Tamat Dipoma, aku sambung lagi pengajian aku di Melaka dalam bidang Ijazah Sains Komputer (Pembangunan Perisian). Di sini, minat aku lebih mendalam lagi terhadap fotografi. Tapi aku tak mampu nak beli DSLR lagi. Aku hanya mampu melihat ada di antara rakanku yang sudah memilikinya. Ayahku ada membelikan sebuah kamera SLR Vivitar. Aku menggunakannya sepenuh hati dan sangat sayang akannya. Namun, selama satu tahun bersama aku, aku tak tahu macam mana boleh hilang dari aku. Aku sedih sangat. Aku dah tidak mempunyai satu kamera pun lagi.

Kemudian, aku dapat sebuah kamera SLR dari Canon pemberian Mr. F. Walaupun ia bukan DSLR tetapi aku dapat mengabdikan segala gambar kenangan di situ. Aku mula belajar menggunakan ISO yang ada serta aperture yang sedia ada pada kamera itu. Ya! sangat teruja bila sudah mula tahu menggunakannya. Gambar-gambar yang diambil lebih kelihatan cantik dan menarik. Hehe...

Kini, sementara menunggu jawatan kosong kerja, aku membuat serba sedikit perniagaan melalui bidang fotografi ini. Dan bukan fotografi sahaja yang aku tawarkan malah banyak lagi. Boleh melawat di LeYa Production untuk maklumat lebih lanjut. 

Dalam pengambilan gambar, aku lebih suka sesuatu yang candid, maka fotografi urban dan rural, streets, architecture, nature, macro dan photojournalism menjadi pilihan aku. Mungkin juga aku suka potrait. 

Di bawah antara contoh-contoh gambar yang aku ambil. Aku tidaklah pandai sangat pun: