Isnin, 4 Jun 2012

Majlis Perkahwinan Iera + Mazlan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pada hari Ahad semalam, LeYa bersama rakan2 meraikan majlis perkahwinan rakan sekelas kami di Port Dickson. Pasangan yang diijabkabulkan itu ialah Nor Hamirah bt Osman (Iera) dengan pasangannya Mazlan. Terasa pantas mase berlalu. Baru semalam kami bersama mengharungi detik-detik zaman persekolahan... Kini, ramai yang sudah mendirikan rumah tangga. Tak terucap oleh sanubariku betapa gembiranya hati ini melihat rakan2 seperjuangan sudah berjaya dan sudah melangkah ke alam rumah tangga. 

Ramai tetamu yang hadir. Turut serta rakan2 lain yang sudah 8 tahun tidak bertemu. Semuanya sudah berbeza dari dahulu. Ye la...dulu budak2 lagi...Sekarang semua dah dewasa... Dah 25 tahun pun... Sebab tuh ade yang dah berkahwin.. Dan tidak ketinggalan juga yang sudah mempunyai anak. Wah! bahagianya mereka kan. LeYa doakan semoga rakan2 LeYa berbahagia di samping insan tersayang hingga akhir hayat dan mendapat redha Ilahi. LeYa juga berdoa untuk diri LeYa agar memperoleh apa yang dimiliki rakan-rakan ku itu. 

Cover album Majlis Perkahwinan Iera + Mazlan

Rakan-rakan sekelas yang turut hadir memeriahkan majlis

Kedua mempelai yang sama cocok dan padan

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com