Khamis, 3 Mei 2012

Pemasangan Facebook Ads

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Adakah anda semua tahu ramai yang telah menjana pendapatan hanya dengan memasarkan produk melalui Facebook?  Kenapa memilih Facebook sebagai medium untuk mempromosikan barang-barang fizikal di Internet?
  • Kerana pengguna Facebook yang semakin hari semakin ramai! Pengguna di Malaysia sahaja telah mencecah 12,365,780 dan merupakan tempat ke-17 di dalam dunia cyber paling ramai. (Boleh lihat di sini >> Pengguna Facebook).
  • Kuasa membeli produk lebih tinggi di Facebook berbanding laman web lain kerana pelanggan lebih gemar bertanyakan soalan pada gambar-gambar atau post yang ditulis. Selain itu, pelanggan lebih mudah untuk menghubungi pemilik produk.

Pemasaran Facebook dengan FB Ads

Saya tahu anda tentu tertanya-tanya bagaimana nak promosikan melalui Facebook. Mungkin anda selalu lihat peniaga tag nama anda pada gambar-gambar produk dan menyebabkan anda berasa sakit hati dengan perbuatan tersebut. Ia juga adalah promosi tapi tak berapa beretika. Saya mempromosikan Fan Page saya menggunakan Facebook Ads. Kenapa Facebook Ads?
  • Target untuk market produk anda ada
  • Bayaran dikenakan ke atas berapa yang anda letak untuk sehari sewaktu anda membuat FB Ads tersebut. Contohnya anda letak RM5 sehari dan anda mahu ads anda running dalam masa 5 hari, RM5x5=RM25 sahaja anda kena bayar
  • Anda boleh set kan untuk Malaysia sahaja atau negara lain.
LeYa Production

Tahu kan mana iklan anda akan muncul? Mungkin anda perlukan tutorial untuk membuat iklan ads di Facebook. Nanti saya akan memberi tutorial bagaimana nak buat ads di Facebook, bukan saya, akan tetapi seorang pakar FB ads iaitu Ali Hanafiah. Tunggu post saya yang akan datang.
Jika anda mempunyai 10 Fan Pages dan satu Fan Pages itu meraih keuntungan RM200 sehari, jika 10 Fan Pages? Anda fikirlah sendiri, Tidak semestinya setiap Fan Pages yang anda miliki itu dapat menjana pendapatan untuk anda. Ada yang tidak mungkin kerana niche anda tidak mempunyai permintaan yang tinggi ataupun targeted market anda semasa membuat iklan itu lain.

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com