Selamat Malam semua....
Sejuta kali ku coretkan segala memori di dalam LeYa's Blog ini. Mengenai teratak hidup seorang gadis yang semakin meniti usia dewasa. Rasanya baru semalam bermain bersama rakan-rakan, sanak-saudara di halaman rumah. Tapi, kini semuanya sudah berlalu.
Tak banyak untuk LeYa perkatakan saat ini. Tak dapat tidak, aku harus terima yang aku semakin tua. Oh! atau mungkin lebih tepat semakin matang. Matang untuk aku adalah bagaimana sihatnya menguruskan masalah-masalah yang berlaku.
Boleh dikatakan setiap hari akan berlaku perubahan dalam diri ku ini. Tanyakan sahaja pada ahli keluarga terdekat ku yang lebih mengenali diriku. Mereka sahaja yang tahu perubahan aku dari semasa ke semasa.
Hari demi hari, aku memikirkan keadaan ku. Apakah kesudahan aku?? Orang keliling sudah membuka mulut berkata bilakah aku akan menamatkan zaman bujangku... Arrgghhh.... mereka tidak mengerti apa yang aku fikirkan... Bukan mudah untuk kita mencapai sesuatu yang kita sendiri belum mencapainya.. Aku perlu bekerja dahulu setelah tamat belajar. Aku perlu merasa duit hasil titik peluhku. Duit itu aku ingin salurkan dahulu pada orang yang aku sayangi iaitu Ibu dan Ayahku. Kemudian, abang dan adikku. Barulah aku akan menamatkan zaman bujangku bersama insan tersayang yang sudah berputik cinta selama lebih dua tahun. Pelbagai ragam dan aksi ku dapat dilayan si dia yang penyabar dan baik hati itu. Aku tahu dia juga masih menyimpan perbelanjaan untuk majlis bahagia kami. Dan, dia juga tidak lupa masa akan datang. Sikapnya yang fikir ke hadapan lebih menyenangkan hatiku.
"Cuba awak fikir.. Kalau kita kawen skrg...nanti dah ade anak, macam mane ngan susu die, makan minum die.. pas tuh sekolah lagi...Saya belum cukup untuk itu.. Awak pun belum kerja lagi kan. Zaman skrg tak cukup kalau saya sorang jer... Saya tak nak anak2 susah nanti... Biar kita susah2 dulu...senang kemudian.."
Itulah yang diperkatakan si dia... Walau si dia sudah punyai wang, tetapi selagi aku belum berkerjaya tetap aku tidak akan semudah itu menamatkan zaman bujang ku.
Benarlah kata orang, semakin dewasa banyak masalah yang kita perlu selesaikan... Aku amat merindui hari semalam di mana aku tidak perlu memikirkan apa2 masalah yang datang di hari kelak. Ya! jika masa dapat diputarkan, sudah tentu aku tahu bajet wang perbelanjaan ku selama ini...
Aku dan Dia di AutoShow City, Melaka
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com