Dua minggu kemudian, aku dikejutkan dengan satu panggilan. Aku capai telefon bimbitku. Aku perhatikan nama yang terpapar di skrin telefon. Aku amati nama tersebut. Aku hampir lupa. Beberapa minit kemudian, baru muncul wajah mamat tuh di ingatanku. Aku hanya tersenyum dan mendiamkan diri sehingga tunggu panggilan seterusnya. Apabila telefonku berbunyi semula, aku pantas mengangkatnya. Aku memberi salam terlebih dahulu. Lebih manis kan...
Dengan keizinan Allah S.W.T., aku diberi kekuatan untuk berbual mesra dengannya. Dia mengajak aku keluar makan tengah hari itu. Aku tidak menolak tawarannya. Lantas, aku melompat turun dari katil ku dan mempersiapkan diri.
Usai dari itu, aku turun ke bawah dan menuju ke tempat parkir kereta kesayanganku, "White Horse". "White Horse" adalah gelaran untuk kereta kesayanganku, Saga BLM 1.3 Auto dengan warnanya ialah putih. Belum sempat aku memanaskan enjin kereta, mamat tuh atau lebih mesra dengan panggilan Mr. F muncul. Aku menghayunkan tangan yang memegang kunci kereta dan memberikan kepadanya. Dia pada mulanya malu-malu. Ye lah.... seorang perempuan punyai kereta sedangkan dia lelaki tidak ada lagi kereta. Aku tak kisah semua tuh... Nasib seseorang bukannya sama. Aku bersyukur kerana memiliki pasangan ibu bapa yang penyayang, bertanggungjawab dan prihatin. Hasil kejayaan aku di peringkat Diploma, aku diberi hadiah kereta untuk aku melanjutkan pula pelajaran ku di peringkat Ijazah di bumi Melaka. Ya! di sini lah akuberkenalan dengan Mr. F.
Tanpa membuang masa lagi, kami meneruskan perjalanan mencari kedai makan untuk diisi ke dalam perut yang dah menjerit-jerit minta diisi. Aku malu bila sekali-sekala perutku tetiba berbunyi. Aku menyembunyikan rasa malu ku itu dengan menguatkan volume radio. Hehehe... Aku tahu dia perasan tapi mungkin dia buat tak tahu saja kerana takut aku yang malu nanti. Kami makan di sebuah kedai makan di Bukit Katil. Ku tak ingat nama kedai tuh...Hehe... Sungguh selera sekali aku makan. Al-maklumlah perut dah berkeroncong...
Selesai makan, Mr. F bawa aku jalan-jalan pusing Melaka. Sambil menikmati keindahan Melaka, kami berbual tidak henti. Ternyata dia seorang yang suka buat lawak. Seronok keluar bersamanya.
Hari sudah beransur petang. Kami meneruskan perjalanan pulang. Dia pun ingin pulang ke rumah awal kerana dia mahu bekerja malam itu. Dan kami pun pulang dengan perasaan yang seronok sekali. Dia melayani kerenah aku yang kadangkala seperti anak-anak. Hehehe... Dia memang baik hati. Dan satu lagi sifat yang dia ada yang menarik minat aku, dia tidak pernah mengambil kesempatan pada diri ku yang mana baru sahaja kenal dah nak mula minta lebih rapat. Dia bukan begitu. Tidak seperti lelaki lain yang pernah aku kenal sebelum ini. Bila sudah mesra, cepat sahaja nak ber'couple' dan lepas tuh lupa diri. Tapi tidak pada Mr. F. Selepas dari keluar bersama itu, kami mulai rapat. Namun, masih sebagai rakan. Mungkin boleh digelar teman karib. Dia selalu datang menghiburkan hati ku tanpa mengira waktu.
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com