Mr. F tidak dapat menumpukan kerja-kerjanya di pejabatnya. Entah kenapa hatinya tiba-tiba gelisah. Risau tidak tentu hala. Matanya asyik memandang jam yang tergantung di dinding biliknya. Sekali-sekala kedengaran dia mengeluh. Ada di kalangan rakannya perasan akan ketidakselesaan kawannya itu tetapi tidak berani bersuara.
Telefon bimbitnya berbunyi nyaring mendendangkan lagu menandakan ada panggilan masuk. Dia lantas mencapai telefon tanpa melihat nama panggilan dan menjawab panggilan tersebut. Kedengaran risau di riak wajahnya.
"Awak... saya accident. Saya dah langgar kereta orang kat tempat ............. Tapi saya ok.. Tak ade cedera pun."
"Awak tunggu situ. Saya datang sekarang. Jangan buat ape2 pun."
Pantas langkah Mr. F keluar dari tempat kerjanya dan menuju ke tempat parkir motornya. Dia menghidupkan enjin motor dan berlalu pergi.
Sampai di tempat kejadian yang aku nyatakan tadi, matanya meliar mencari kelibat aku namun tidak kelihatan di mana-mana. Sejurus itu, aku terpandang akannya dan berlari anak ke arahnya. Aku mendapatkannya dan membawanya ke tempat kereta ku kemalangan itu. Dia melihat keadaan kereta. Bahagian depan kereta sedikit kemik tetapi kereta yang dilanggar kemik teruk di bahagian belakang. Mungkin kerana kereta itu kecil. Namun, semuanya kelihatan tidak cedera. Alhamdulillah. Sedikit riak wajah tenang terpamer di wajahnya. Dia menyelesaikan persengketaan antara tuan kereta itu. Dan, keretaku dibawanya ke bengkel kereta.
Aku perhatikan Mr. F berbual dengan mekanik bengkel kereta itu. Terpamer wajar muramnya apabila diberitahu kos membaik pulih kereta ku. Dan dia terpaksa mencadangkan untuk membawa pulang ke rumahku memberitahu ibu bapaku. Pada mulanya, memang dia tak nak risaukan kedua ibu bapaku. Namun, atas sebab tidak cukup kewangan dia terpaksa dengan hati yang berat dia memandu kereta menuju ke rumahku yang lebih kurang satu jam lebih.
Perjalanan kami itu terpaksa menahan panas disebabkan air cond kereta yang rosak kerana kemalangan yang menimpaku itu. Kami meneruskan perjalanan dengan berpeluh-peluh di dalam kereta tersebut.
Sampai di rumah, aku takut untuk memberi salam dan memberitahu ayah. Dengan langkah longlai, dia memberitahu segalanya apa yang terjadi. Aku hanya menurut. Pada mulanya ayah risau. Kemudian, sedikit wajah tenang aku perhatikan terbit di raut wajah ayah. Seminggu kereta ku tersadai di bengkel kereta. Dan seminggu itu juga aku duduk seharian di rumah tanpa pergi ke mana-mana. Nasib time tuh cuti semester. Jadi, tidak perlu risau untuk ke kuliah dan sebagainya.
Menjelang dua minggu dan keretaku pun sudah siap. Aku berhasrat untuk bekerja part time di Melaka. Aku merancang bersama seorang rakanku. Dan, kami pun dapat bekerja di sebuah hotel terkemuka di Melaka. Aku pun kembali ke kediaman sewaku dan menjalankan tugas harian sebagai pekerja part time. Kejadian yang menimpa membuatkan aku lebih berhati-hati.
*********************************
Sudah enam bulan aku dan dia menjadi teman. Suatu malam, kami keluar berdua menonton wayang. Cerita aku kurang pasti la kan.. Hehe... Ramai orang ketika itu. Aku tidak kisah. Dia sentiasa ada di sisi menemani ku.
Usai dari menonton wayang, dia membawaku pusing Bandaraya Melaka dan berehat di hadapan Kompleks Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sambil menikmati juadah Mc Donald. Ketika itu, dia melamar aku agar menjadi pasangan kekasihnya. Selama enam bulan dia menunjukkan prihatinnya terhadap aku, melayan kerenah aku, aku tidak menolak lamaran itu. Aku terima dengan hati terbuka. Aku dah lama menunggu saat itu. dan, akhirnya hari itu pada 09 Februari dia melafazkan jua. Aku tersenyum bahagia. Sebab dia sangat baik hati pada pandangan aku, kawan-kawanku dan keluargaku. Dia seorang bertanggungjawab dan mesra. Malam itu, aku pulang ke rumah dengan hati yang berbunga. Dia pun pulang ke rumahnya dengan perasaan gembira.
>> Bersambung...