Selasa, 24 April 2012

Kenapa perlu benci membenci

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pernahkah kita terfikir... Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah mengganggu hidup orang atau membenci serta menyakiti mereka. Namun, tiba-tiba sahaja mereka membenci kita... Berkata-kata buruk tentang kita di belakang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menjatuhkan dan menyakiti hati kita. 

Sebagai manusia kita sering tidak akan terlepas denga kekurangan diri kita sendiri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, hidung, mulut dan lain-lain yang menyebabkan ada sesetengah tidak suka, benci dan meluat melihat kita.

Keadaan ini berlarutan di laman-laman sosial yang mana mereka sanggup ke tahap me'remove' rakan-rakannya, memaki hamun dan menulis kata-kata yang tidak sepatutnya di luahkan di laman sosial yang mana mungkin dibaca oleh kanak-kanak yang masih baru belajar. Apa yang akan kanak-kanak itu fikir pada kita? Tak malukah kita apabila kita berkata ayat-ayat yang tak elok pada orang? Apa persepsi masyarakat terhadap kita? 

Seandainya kita memang tidak melakukan kesalahan atau kesilapan, kenapa harus kita bersedih? Allah S.W.T. sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci dan menyakiti hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa.

Jadi jika kita punya kawan-kawan yang menyakiti hati kita, abaikan saja dirinya. Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat kepada suami bagi seorang isteri, taat kepada Allah.

  • Biarlah semua kenalan menolak kita, yang penting kita jaga suami kita dengan baik.
  • Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita, yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.
  • Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita, yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.
  • Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita, yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.

Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun, seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com