Sudah lama berpijak di bumi ini, baru penulis sedar terlalu banyak kekhilafan yang dilakukan. Sudah berapa lama penulis terlupa siapa penulis di muka bumi ini. Penulis tidak mahu mencari alasan tetapi cukup sekadar memohon keampunan atas kekhilafan yang dilakukan selama ini. Seribu alasan tidak memberikan ruang pada hati-hati manusia untuk memberikan kemaafan mereka. Seribu keampunan, mungkin akan terlerai segelumit dosa dari tubuh badan ini.
Sedarkah kita apabila melakukan kesilapan?
Mungkin tidak jika hati bergelumang dosa.
Oleh itu, berikanlah setiap ruang inci dari hati kita untuk memaafkan kesilapan rakan taulan, sahabat handai, para muslimin dan muslimat yang telah banyak mengguris hati kita. Anggaplah ia hanya satu dugaan dari Yang Maha Mengetahui di muka bumi ini.
Lantas, penulis membersihkan jiwa dengan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan terhadap diri penulis yang mana ia telah dapat merubah kehidupan penulis ke arah lebih gemilang dan tenang.
Ya! Pesanan dari penulis sama-samalah kita mengampunkan kekhilafan manusia yang mungkin tidak sedar apa yang dilakukannya...
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com