Jumaat, 27 Januari 2012

Confused????

Ape yang di confused kan tuh???? huhuhu.....

Ntah...

Tak tau laa....

tetibe rase confused jer....

Ngan sorang mamat FB aku nih....

tetibe send mesej ckp nka jumpe kat mane???

Aik!!!

Tapi aku pk dy salah send mesej... Maybe nak send kat kawan or aweks dy tapi ter'send' plak at aku kan...

tapi kesian la mamat tuh....

Sebab???

aku balas macam ni.... "Ha??? Ape ni??? Awak sape??? salah org ea..."

dy balas balik... "xde mkne nak salah...kat ko r...pergh! tak igt kawan beb"

Aik!!kene marah lak aku kan....terus jadi hot plak... Aku pun cakap balik "Tolong sikit k... sy memang tak kenal pun awak.. mybe b4 ni sy ter'accept' awak sbb tgk mutual friends awak ramai kat saye... N sy pun time tuh tak tgk pic awk...heee..XD" >> still in mood hepi lagi

"What the hell are you, girl? Say like that...." kata mamat tuh

"Yes, that's right... i'm not know you... and mybe later we are friend..."

"Never!!!! I hate bitch like you... Enough! I will remove you from my FB"

Pergh!!! dy yg start salah send mesej....nak marah2 aku plak... n tak salah kan kalu for the first kite jadi kenalan...tapi dy tak nak... sape yg melampau skrang?? Too much kate aku "bitch" plak tuh.... Memang jadi marah aku...huhuhu....

Dah abes dah ni.... aku nak continue wat keje...lagi bagus... huhu...

Up to you la nak remove or not....Ada Aku Kisah! hehehe...XD

Khamis, 26 Januari 2012

CNY Photo Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam, LeYa gi keje seperti biase.. Then, bile mase lunch time LeYa pun nak gi rehat la kan... Agak2 nyer ape yg korang tahu LeYa nampak ape??? LeYa terpandang satu contest photography anjuran petronas sempena Chinese New Year ni... So, LeYa pun lepas makan bukak "Term & Condition" die...n faham2kan lah....

***************************

Nak dijadikan cerite... Keesokannye, LeYa pun try la upload pic seperti yang disuruh... huhuhu.... InsyaAllah la LeYa nyer pic tak disqualified nanti yer... First time tuh LeYa join contest... Doakan Kejayaan LeYa k...

Ni banner untuk join photography contest tuh... 

 Ni pic yg LeYa telah send....


Rabu, 25 Januari 2012

Hanya Dikau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Telah sekian lama aku menyepi tatkala manusia di muka bumi ini sibuk menjalani tugas harian masing2... Aku juga menyibukkan diri dengan menjalani aktiviti harianku tanpa memikirkan masalah yang kurasa remeh... Aku ingin menjadi insan berguna buat ibu ayah aku serta insan terbaik buat ahli keluargaku...

Pada tanggal Februari, 09 20**, aku telah dilamar kembali oleh insan yang benar2 buat aku sayangi. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan baik hati. Juga cukup segalanya untuk diri ini menyemai kasih bersamanya nanti. Bukan paras rupa ku cari. Namun, cukup hanya taat perintah Allah dan hormat akan kedua ibu bapa ku serta tidak melakukan perkara2 terkutuk... Alhamdulillah... dia yang ku perhatikan amat baik sekali... Aku begitu terharu dengan tanggungjawabnya terhadap aku tika aku sakit, tika aku kesedihan dan bermacam lagi... Begitu sukar untuk dikatakan betapa beruntungnya aku dapat memilikinya. 

Dan kerana itu, aku telah mendapat tawaran latihan industri jauh dari pandangannya. Saat hati berjauhan, rindu datang menjelma... Sukarnya memadam rindu di hati hanya Tuhan yang tahu.. Aku terlalu merinduinya... Namun, dia sanggup datang berjumpa ku untuk menghilangkan rasa rindu di hati ini... Ya Allah! aku bermohon kepadamu, kau lindungilah insan yang aku sayangi ini dari segala malapetaka buruk yang tidak diingini. Kau lindungilah dia sebagaimana kau melindungi kaum mukmin... Begitu panjang doaku ketika beliau dalam perjalanan menemui aku...


Dan hari ini, genap 7 bulan aku jauh di pandangannya... Aku dapat menyesuaikan diri dan keadaan... Ketika itu juga suara2 telah mula timbul mengatakan bilakah kami akan diijabkabulkan setelah lama bersama sebagai pasangan kekasih. Aku mula gusar dan kunyatakan hasrat mereka itu kepada beliau... Namun, pantas aku mematahkan kata-kata itu dengan menyatakan yang aku ingin bekerja dahulu... Beri masa aku untuk memperolehi pendapatan sendiri setelah hampir 6 tahun belajar... 


Kerna itu, aku sedaya upaya dalam masa setahun ini bekerja keras untuk memenuhi impianku sebelum diijabkabulkan bersama insan tersayang.... InsyaAllah dan Amin...

Songlap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua pembaca blog? Harap semua sihat la kan... Masih dalam mood Happy Chinese New Year... hehehe.... Budak sekolah tengah cuti... Patutlah terasas malas sangat nak bangun g keje... Isk3x.... Okey lah...di pagi yg hening ni tetibe LeYa smpai awal ke tempat keje... Sambil menikmati juadah sarapan pagi, LeYa terasa nak post sesuatu dalam blog kesayangan LeYa ni... So, tanpa byk celoteh yg ntah ape2..., Hari ni LeYa tak nak cakap banyak...LeYa nak post movie ni... Tajuk "Songlap".... Rase nyer dah ramai kot yg dah tgk... kan...kan...kan... hehehe.... Pape pun Enjoy yourself! tatatata......


Songlap

Khamis, 12 Januari 2012

Petua Kecantikan Diri Menurut Islam

English: A green version of http://commons.wik...Image via Wikipedia
1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-
(DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan disayangi.