Sabtu, 5 November 2011

Tagged from Haja Taufik


Assalamualaikum and Good Day,

OMG!!! I've got a tagged from my sweet cousin that I teach her how to create a blog... And now, she's very talented and professional for managed her blog... Gorgeous! and Marvelous! Hahaha....

Firstly, I want to apologize to my sweet cousin Haja Taufik for late reply your tagged... I'm too busy with my work.

And now, I'll do the tagged that she want.. I'd be answered the question as per below that you need it..

Thank you for remembering me as your cousin... And love you so much...


  • pink or black? Black because so Awesome!
  • prefer to be friend with girl or boy? Both boy and girl...
  • The longest relationship you ever had? 4 years
  • Your parents name? Razaly bin Elon & Faziah binti Kamaruddin
  • Meaning of your name? ILLYA = prophet's name. FARHANA = happiness
  • Someone you hate much and Why? FAIZAL. He's liar to me.
  • Love me, Hate me, Adore me? Love you so much cause you are my sweet cousin.
  • Got a crushed with someone! Why? The answer is same like someone I hate him.. hahaha...
  • Lovely subject in your school? Mathematics and Information Technology
  • What will you do on your free time? Editing photo, programming, surfing, reading & cooking
  • Three words describing yourself! MY LIFE! MY WORDS! MY MIND!

Jumaat, 4 November 2011

Perkahwinan Ezani&Ayu + Dhiya&Illa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kali ni LeYa ingin cerita kan kisah perkahwinan 4 pasang pengantin yang berlangsung pada 27 Oktober 2011 yang lalu.  4 pasangan pengantin telah bersama dalam satu majilis yang meriah sekali. Di bawah ini adalah sessi fotografi semasa majlis berlangsung yang dirakamkan oleh LeYa.


















Enhanced by Zemanta

Isnin, 17 Oktober 2011

Jalan-jalan di Genting Highlands

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi itu aku menunggu dengan penuh sabar kedatangan si Dia... Tepat jam 3.00petang, dia muncul di hadapan kediaman rumah sewaku yg terletak di Wangsa Maju, KL. Aku pun bertemu dengannya. Setelah berbincang, aku dan dia serta beberapa rakan yang lain bercadang untuk berjalan2 di Genting Highlands. 

Sebelum meneruskan perjalanan, kami makan2 dulu di Restoran Dulang, Kampung Baru KL.. Perut sudah terisi.. Kami meneruskan perjalanan. Namun, kami berhenti di stesyen petrol Petronas untuk berehat menunaikan solat Fardu Maghrib.. Setelah selesai semuanya barulah kami meneruskan perjalanan mendaki bukit ke Genting Highlands.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit.

Sampai di atas, angin sejuk menggigit sanubariku. Aku diberi sehelai tuala oleh si dia untuk menutup kesejukanku ini.. Aku dan Dia serta rakan2 yang lain sampai tempat yang dituju dan kami menuju ke restoran untuk mencari minuman panas.

Kami bergambar dan bersiar-siar melihat suasana di Genting pada ketika itu.  Ia amat menyeronokkan sekali kerana perancangan yang tak terduga olehku.. Aku amat berterima kasih pada beliau yang banyak berhabis duit demi aku dan sanggup datang melawat aku ketika aku sakit demam dan bila sudah sihat membawa aku jalan2... Aku tidak akan melupakan segala kenangan manis ketika itu. 








Sabtu, 3 September 2011

Setelah bertahun tak bertemu... Akhirnye...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Menanti dengan penuh debar di stesyen minyak Shell.. Dan, 10 minit pun berlalu.. Muncul sebuah kereta Myvi di hadapan keretaku.. Aku terkejut... "Owhhh....rupenye kawanku, Mira dah sampai.. Nampak di sebelahnya ade seseorang... Tapi masa tu aku tak nampak siapa pun... Forget it..Kami meneruskan perjalanan ke rumah pertama iaitu rumah Ummi... Ermmm..lame tol rase tak jumpe Ummi.."aku bercakap sendirian di dalam kereta...

Aku, Mira dan Shida (dah tau siapa yg duduk di sebelah Mira) menanti dengan penuh sabar Ummi membuka pintu pagar rumahnya. Hati kecilku bermonolog lagi.. "Bile Ummi dah pindah rumah ni kan... Luas gak kawasan rumah die sekarang..." Pintu pagar dibuka luas... Kami memarkir kereta di kawasan rumahnya.. Dan, kami pun melangkah masuk ke rumah Ummi bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain. Maklumlah dah lame tak jumpa.. Tak sampai sesaat, muncul pula kawan lain iaitu Atiqah dan Hafizah... Wahh...dah lain semuanya.. dah cantik2 belaka... Kami beriringan masuk ke rumah Ummi.. Kami menikmati juadah raya yang disediakan Ummi..

Berbual-bual, bergelak tawa dan muncul pula Shahbireen or panggil Bireen jer di rumah Ummi.. Bireen datang  berseorangan... Setelah mempelawanya masuk, kami berbual lagi.. Bertanya itu dan ini... Buat apa sekarang dan macam2 lagi.. Setengah jam berlalu.. Kami menunggu pula kedatangan Sidi..

Sidi muncul dengan Lis (kawan sekolah juga...Tapi kami berkata yang mereka berdua adalah couple..hehe..). Selesai Sidi dan Lis menjamu selera, kami bergambar di halaman rumah Ummi sebelum bertolak ke rumah rakan yang lain.. 


~Hafizah, Atiqah, Ummi, Aku (LeYa), Mira, Shida, Lis, Sidi dan Bireen~

Kami berangkat ke rumah Arif Najmi. Agak jauh juga rumahnya sehingga melepasi Telok Kemang dan Bukit Pelandok.. Tak kisah la.. Sebab dah lame tak jumpe... Jadi, kami akan menziarahi semua rumah kawan2 yang ade di sini sekarang..

~Sidi dan Bireen khusyuk menjamu selera sehingga tak mempelawa yang lain~

~Aku dan Ummi berpandangan.. Ntah pe yang dibualkannye ntah.. Sidi berpaling muka.~

~Tak habis2 lagi makan... Isk3x...bebudak ni... takpe2...makanlah..selagi boleh makan..~

~Atiqah, Lis, Shida, Ummi (ngan anak buahnye, Farisya), Aku, Mira, Hafizah, Bireen, Arif~

~Geng Hijau...Ade berani lawan??? hahaha...~

~Gadis2 SMKBS~

~Sidi, Arif, Bireen, Herry, Lis, Mira, Shida, Ummi, Hafizah, Atiqah~


~Best Memory 3 Intan 2002~

Bezakan gambar pada tahun 2002 dan sekarang (gambar2 raye di atas) tahun 2011.. Lame kan kami tak berjumpe.. Dulu semua comot, comel, senget, sengal-sengal sikit. Tapi sekarang dah besar, cantik, macho, matang.

The not-so-long meeting last night taught me so many things. I learnt a lot from other friends' experiences. Well, we can't really depend to learn everything form our own experience only, right? Some told us how their lives changed. From being a really obedient boy to a rebellious teenager. From a rebellious teenager, to a wise man. Anyway, everything begins with tarbiyah, right? I'm thankful to God for letting me to have the chance to study at SMKBS Port Dickson, where the tarbiyah of life began.

Rabu, 24 Ogos 2011

Kami Blogger Prihatin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Terbaca entry di blog Ben Ashaari dan terdetik juga hati saya untuk membuat satu entri mengenai kisah yang terjadi di Somalia.. 

Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu tentang berita yang dipaparkan ini.. Jadi, saya cuba sedaya upaya untuk membuat semua para blogger membaca kisah tragedi ini agar diberi bantuan yang selayaknya.

Untuk ketahui cerita selanjutnya, hanya klik di header blog BenAshaari..

Santai Bersama BEN ASHAARI






Sama-samalah kita membantu rakyat Somalia agar mereka juga mengecapi kehidupan yang sempurna...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Penantianku kini terjawab...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini. Kali ini LeYa ingin berkongsi cerita dengan anda tentang kehidupan LeYa yang semakin hari semakin dilanda pelbagai rintangan untuk menjadi insan berguna.. 

Sementara menunggu keputusan penempatan Latihan Industri, LeYa telah bekerja sementara di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur sebagai Assistant Programmer selama lebih kurang dua bulan. Banyak pengalaman yang LeYa pelajari dari staf2 di syarikat tersebut. Sungguh seronok sekali bila bersama dengan mereka. Kesemua ilmu yang ada tidak kedekut untuk dikongsi bersama. LeYa begitu teruja menimba ilmu dari mereka semua. 

Akhirnya, LeYa mendapat tawaran menjalani Latihan Industri di Petronas, Menara KLCC. LeYa begitu tekejut dan tidak sangka akan memperolehinya. LeYa bersyukur dengan kehadrat Ilahi dengan limpahan kurniaNya. Sebelum mempersiapkan diri sebagai Pelatih, LeYa masih lagi bekerja di syarikat lama itu sehingga awal bulan September. Masa yang diperuntukkan selama dua bulan tidak disia-siakan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya LeYa dapat gaji dan paling penting memperolehi ilmu yang mungkin sukar diperolehi dari mana-mana insan lain. 

Menunggu detik-detik untuk keluar dari syarikat tersebut, LeYa pantas menyiapkan segala tugasan yang diberi. Hati juga turut sayu memandang wajah satu persatu yang banyak membantu LeYa dalam kesulitan. Namun, apa kan daya. LeYa memikirkan masa depan yang lebih cerah bersama syarikat Petronas itu. LeYa ingin melaksanakan secara bersungguh-sungguh pabila diterima bekerja kelak. Sementara itu, LeYa sentiasa akan simpan memori suka duka bersama syarikat yang LeYa singgah selama dua bulan ini. Jasa kalian amat berharga buat diri LeYa.

Dalam pada itu, umat Islam sudah pun menunaikan Rukun Islam ketiga iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan. Sudah 20hari berlalu. Kini, mereka sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tiba. Pusat-pusat membeli belah sibuk merancang strategi memikat hati para pelanggannya untuk membeli kelengkapan Aidilfitri seperti pakaian, kuih raya dan sebagainya. Kesibukan dan keriuhan di kompleks membeli belah tidak terucap oleh kata-kata. LeYa juga turut serta singgah di Kompleks One Utama tempoh hari. Hanya mencuci mata sambil membuat survey harga.. Hehehe... 


Sabtu, 23 Julai 2011

MALAYSIA VS SINGAPORE FC


Keputusan 5 - 3... Malaysia tewas di Singapura.


Hari yang dinantikan tiba. Perlawanan bola sepak yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak telah terjawab. Pasukan Harimau Malaya (Malaysia) menentang Singa (Singapura) telah berlangsung. Masing-masing menunjukkan kekuatan tersendiri. Keputusan telah ditentukan. Malaysia tewas 5 -3 di Singapura. Namun, ia bukanlah satu kekecewaan besar buat negara Malaysia kerana pemain Malaysia adalah yang asli.. Dan bukannya import... 

Sebagai anak jati tempatan kita patutlah berbangga dengan negara sendiri dan mengharumkan negara sendiri bukannya dari orang lain... Walau bagaimanapun, kita masih menanti perlawanan kedua di Malaysia pada minggu hadapan.. Diharapkan Malaysia berjaya menewaskan pihak lawan di negara kita nanti.. Itulah harapan yang dibuat oleh peminat bola sepak tanah air.. 


Barisan pemain bola sepak negara Malaysia 

Rabu, 15 Jun 2011

KL GANGSTER 2011 OFFICIAL TRAILER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama tak berblog di sini kan.. Terasa sepi jer blog ni... Erm..tapi takpe..Ni LeYa ade cerita di sebalik "KL Gangster", movie yg agak baru la jugak di pawagam.. huhuhuhu.... Korang semua dah tengok ker??

Mari kita saksikan trailer filem ini sebelum menontonnya...hehehe...


Rabu, 11 Mei 2011

Memperkenalkan LeYa Production

Salam semua buat para blogger yg disayangi.. Dah lame LeYa tak update blog ni kan...huhu... Kesibukan LeYa dalam menyiapkan tugas2 harian universiti memberi impak yg mendalam terhadap LeYa's Blog ni... kesian blog ni...xpasal2 berhabuk dek kerna tidak menjenguk2 nya... Kalau lah ia boleh berkata2 mesti die dah merajuk dengan tuan blog ni..hehe...

Ok lah.. LeYa nak bagitau kat sini yang LeYa kini dah pun habis study... So, LeYa pun mulalah mengaktifkan diri dalam bidang yang LeYa ceburi ni.. So, utk lebih lanjut LeYa ade sediakan platform yg terbaik direka khas oleh LeYa sendiri... Anda semua boleh lah melayari nya di http://www.leyaproduction.webnode.com/

Screenshot LeYa Production

Sabtu, 7 Mei 2011

Autoshow 2011 - Melaka Autocity