Salam...
Kita bertemu lagi kali ini...Seperti yg kita tahu sekarang ni ramai yang sudah mempunyai blog mereka sendiri.. Mereka ni sebenarnya minat berblogging... Tambah lagi kalau blog mereka tuh dapat menjana pendapatan... Kan..kan...kan... Tapi saya percaya masih ramai di luar sana yang masih belum tahu apa itu Blog? Ramai yang tanye macam mane nak buat blog atau website? Untuk bina blog apa yang perlu ada? Macam-macam lagi persoalan yang akan timbul. Okay lah, kali ni LeYa nak share tentang satu medium yang wajib untuk kita buat blog atau website..
Untuk berblogging atau membina website, perkara utama yang perlu ada adalah:
- Blog / Website ( Rumah ) - Konsep yang mudah seperti membina rumah. Mesti perlu ada rumah, alamat, tanah. Nak buat rumah tu sendiri perlu ada simen, bata, kayu, paku, cat dan lain-lain. So, bila nak buat blog atau website pun macam tu la jugak. Mesti ada perisian pembangunan web seperti frontpage, macromedia dan perisian lain. Bentuk pula mesti la dalam bentuk html, psp atau yang sama waktu dengannya.
- Domain ( Alamat ) - Kalu dah ada rumah mesti ada alamatnya kan? Domain ni la alamat rumah. macam mana tu? Ala, contoh macam domain blog ni jugak iaitu proinfo2u.com. Ini la domain. Contoh lain? facebook.com, ebay.com dan lain-lain. Domain ni la membuatkan orang boleh memasuki sesuatu blog atau website. Masakan orang kenal rumah kalu tak ada alamat?
- Webhosting ( Tapak Rumah ) - Kalau buat rumah takde tapak macammana nak ada rumah tu? So, tapak rumah tu sama la dengan webhosting. Takde webhosting maka takleh nak buat website atau blog. Webhosting juga adalah tempat kita semua letak web atau blog untuk pengunjung mengakses website atau blog. Ia cuma sambungan internet je. Tapi boleh akses 24jam untuk semua orang.
Dah jelas kan? Kalu tak jelas mesej LeYa. Atau ramai lagi otai-otai kat luar yang boleh detailkan lagi. Tapi macam mana nak dapatkan hosting tu ek? Rasa susah? Banyak perkhidmatan untuk webhosting. Search saja. Beribu-ribu ada. Pada kebiasaannya, penyedia perkhidmatan webhosting akan membenarkan anda menyewa ruang komputer mereka untuk anda gunakan dan meletakkan website anda. Mereka juga biasanya akan membenarkan anda menggunakan server email serta server database mereka. Bergantung pada pakej yang anda ambil.
Terdapat bermacam-macam pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan webhosting ini. Anda perlulah bijak memilih pakej manakah yang sesuai dengan anda. Kenalpasti apakah ciri-ciri yang ingin anda gunakan di dalam website anda. Elakkan daripada membeli pakej-pakej yang terlalu besar yang mungkin anda tidak gunakan. Anda boleh mulakan dengan pakej yang paling kecil dan kemudiannya meng”upgrade” dari semasa ke semasa mengikut keperluan anda.
Dalam webhosting ni pun terdapat ciri-ciri yang disediakan oleh webhosting provider yang perlu jugak kita semua ambil tahu. Antaranya ialah :
- Ruang Web - menggunakan ukuran dalam MB. Kita kene tahu saiz ruang yang diperlukan untuk blog atau website anda. Bergantung pada apa yang ada dalam blog atau website anda.
- Kadar Bandwidth sebulan - Merupakan jalan ke rumah anda. Makin besar bandwidth maka makin besar la jalan untuk ke rumah anda. Dengan kata lain besar bandwidth, ramailah orang akan melawati blog atau website anda. 1Gb dah mencukupi bagi kadar pengunjung bawah 3ribu orang dalam sebulan.
- PSP, ASP, CGI - merupakan bahasa pengaturcaraan. Jika bina website guna php maka perlu cari webhosting yang support bahasa pengaturcaraan itu.
- MySQL Access - Merupakan pangkalan data. Jika blog atau website kita perlukan database, maka adalah perlu mencari webhosting yang menyediakan pangkalan data tersebut.
- Frontpage Extension - Jika website anda dihasilkan dengan menggunakan perisian “Microsoft frontpage”, anda mungkin memerlukan ciri ini terdapat di dalam pakej webhosting anda.
- Control Panel - Ini adalah ciri penting untuk membolehkan anda mengawal dan mengaturkan(setting) akaun hosting anda. Dengan control panel, anda boleh menguruskan akaun anda dengan hanya menggunakan pelayar internet “browser”. Biasanya, anda akan diberikan “username” dan “password” untuk anda memasuki control panel anda. Antara fungsi control panel adalah seperti menghasilkan atau memadam akaun email.
- Support - Adalah ciri penting bagi membantu anda menghadapi apa-apa masalah yang anda hadapi di dalam menggunakan perkhidmatan webhosting tersebut.
Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang ada dalam webhosting. Tapi ciri-ciri diatas merupakan ciri-ciri asas yang perlu ada dalam webhosting yang bakal disewa oleh kita. Banyak webhosting provider menyediakan pakej-pakej menarik, dan anda hanya perlu cari yang terbaik. Ada masa kita sambung lagi. Diharap info ini dapat membantu pada siapa yang tak paham lagi akan apa itu webhosting.
Sekian, wassalam.