Khamis, 30 Disember 2010

Malaysia Menang!!!

Salam semua... Hari ni LeYa nak ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak negara yang telah berjaya meraih kejayaan dan menjulang piala AFF Suzuki 2010...

Dengan berbekal 3-0 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pasukan harimau malaya telah memenangi Piala AFF Suzuki 2010. Walaupun kalah di tempat lawan dengan mata 2-1, tetapi dengan agregat keseluruhan 4-2, Malaysia telah menang...

MALAYSIA BOLEH!!!



Inilah hero-hero Malaysia yang telah mengharumkan negara.. Syabas buat kalian... Semoga lepas ini kalian lebih berusaha dalam menempuh pelbagai kejayaan... 

Yeah!! Mereka Boleh!!! Saya Boleh!!! Anda Boleh!!! 
Malaysia Boleh!!!


Rabu, 29 Disember 2010

GULLIVER'S TRAVELS




Release Date: 23 December 2010
Language: English
Subtitle: English / Chinese
Genre: Comedy
Running Time: 1 Hour 28 Minutes
Director: Rob Letterman
Cast: Amanda Peet, Emily Blunt, Jack Black, Jason Segel

Synopsis: The big-screen adaptation of "Gulliver's Travels" has Jack Black taking on the title role of Lemuel Gulliver, a free-spirited travel writer. During an assignment to the Bermuda Triangle, he suddenly finds himself a giant among men when he is washed ashore on the hidden island of Liliput, home to a population of industrious, yet tiny, people.

Saya Blogger Negeri Sembilan

Yeah!!
LeYa nak buat satu entry lagi yang telah diperkenalkan oleh Blog Pilihan Malaysia dalam Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri..So... sebab LeYa ni asaL daRi N9..jadi LeYa join untuk blogger Negeri Sembilan...
Saya blogger dari Negeri Sembilan..
Salam untuk semua para blogger...

bendeRa neGeri SemBiLan yg kusanjunGi...

MaP NeGeri SemBiLan..

Nama: Illya Farhana binti Razaly
NickName: Illya, Angah, LeYa
BiLe LeYa dilahirkan: 08 JuLy 1987(23 tahun dah nak masuk 24 dah...)
Status: SingLe sebab masih beLajar lagi...bile ntah nak kawen... nnti tanye pada yg berkenaan... (jeng3x...)
LeYa adalah satu2nya anak tunggal perempuan bagi pasangan Tuan Hj Razaly & Puan Hjh Faziah... hehe... adik beradik 3orang je...LeYa tengah2 or nombor dua la senang cite...
LeYa diLahirkan di HosPitaL BesaR SeremBan dan dibesarKan di Port Dickson...TemPat tinGgaL sAye kaT PD... sBb tuh r kat bawah tuh ade picture Pantai PD... 
Nak dtg sini bagitahu LeYa k... Nanti LeYa bawak jln2... 

Ape yang menarik di Port Dickson?

LeYa tak pandai sangat nak bercerita... pada yg gemar akan ketenangan dan keindahan pantai boleh la singgah di Pantai PD...
PanTai Port Dickson...

Gambar terbaekk untuk anda sumer bercuti dan berehat bersama keLuarga... Resort yg menjadi tumpuan ramai ni...
TiaRa beAch ResoRt

Bagi penggemar atau pencinta sejaRah, anda juga boleh melawat atau pergi ke Muzium Tentera yg berdeKatan... Masuk percuma...
MuZium TenteRa DaRat..

Ni plak PD Ostrich di mana anda boleh menunggang Ostrich jika anda mahu... Jika takut, jangan risau... Ostrich tak gigit pun...hehe..
PD Ostrich...

Gambar air pancut yg berada di bandar PD..
Fountain di PD

Pada penggemar aktiviti extreme..jom kite ke sini...
eXtreme Park

Akhir sekaLi, untuk menghubungi saya, silalah lihat maklumat di bawah ini..

Email: anagurlz87@gmail.com
Yahoo Messenger: ana_gurlz87

Sekian saje entry terbaekkk dari ladang ni sempena Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri Anjuran BPM..
Jom join ramai2...



Selasa, 28 Disember 2010

UniFi - High Speed Broadband

Apa itu UniFi?
UniFi adalah internet jalur lebar berkelajuan tinggi keluaran TM yang selama ini dipanggil TM HSBB. Ia adalah sebuah projek TM atas usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kadar keupayaan internet jalur lebar negara supaya sama taraf dengan negara maju yg lain. 


Menurut Telekom Malaysia, “Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya hidup digital, sekaligus menepati slogan mereka itu.


Pakej UniFi


Pakej VIP (untuk pengguna biasa di rumah)
- Melibatkan Video, Internet dan Phone.
- Ada 3 pakej (VIP20 rm249, VIP10 rm199 dan VIP 5 rm149)
Perbezaan yg paling ketara adalah kelajuan internet itself. 20mb, 10mb or 5mb.






Pakej BIZ (untuk perniagaan)
Ada 3 pakej, BIZ20 rm899 sebulan, BIZ 10 rm599 dan BIZ 5 rm199 sebulan. 
- Perbezaan yg paling ketara adalah kelajuan internet itself. 20mb, 10mb or 5mb.







Set up Box khas untuk IPTV


Jumaat, 24 Disember 2010

No Idea!!!


Picture kat ats ni nk bagitahu yg aku bersama sepupu2 ku kebuntuan di mlm hari di Kemaman, Terengganu... Dah dapat kete dah...tp xder tmpt nk gi... Aduyai...dah la tmpt org...tak tau na gi... Wahai kengkawan blogger... mane tmpt yg best....

huhuhuhuhu.....sob3x....

kan dah gi online plak...beramai2 plak tuh... Aduyai! sungguh xder keje tol kitorang ni... Xpe2...jap lagi gi jalan2 lah tuh...tengah pk jap...

Wahai sedare2 ku sabar2 yer.... Jgn gelojoh sgt...wakakakaka...

Selasa, 21 Disember 2010

10 HandPhone Tercanggih Masa Kini!

Handphone pada masa kini tidak hanya sebagai media komunikasi sahaja tetapi ia juga sudah menunjukkan keunggulan lain di mana ia membuatkan kita tertarik untuk menggunakan atau memiliki handphone.

1)Asus P565

ASUS-P565

2) BlackBerry Bold
Blackberry-Bold-Rogers



3> HTC Imagio
htc-imagio-xv6975-580
4> iPhone 3G S
i-phone-3G-S

5> Palm Pre
Palm Pre
6> Samsung 360 H1
Samsung 360 H1
7> Samsung Jet
Samsung Jet
8> Samsung Omnia HD
Samsung Omnia HD
9> Sony Ericsson Satio
Sony Ericsson Satio
10> Toshiba TG01
Toshiba TG01

Terlerai sudah kekusutan yg berlaku

Hati ini gembira kerana kesilapan yg dilakukan bukan dari hatinya yg sebenar...

Tapi aku sedikit terkilan...

Kenapa pada malam itu juga dia tidak mahu terus terang? 
Kenapa mesti tengok aku emo marah2 dan benci padanya? 
Kenapa engkau tak mahu terangkan? 
Apa susahkah setiap perkataan yg ingin dituturkan? 
Adakah aku terlalu garang / tegas pabila bersamamu? 

Terlalu banyak persoalan yg bermain di fikiran ku tatkala ini... Setelah kau memenuhi kehendak yg ku inginkan dan yg ku perlukan... baru kau mahu ceritakan kisah yg sebenar... Aku keliru... Kenapa kau masih ingin menyembunyikan masalah dlm dirimu sendirian sedangkan kau sendiri yg cakap jangan pendam, tak baik untuk kesihatan diri... Lama-kelamaan akan memakan hati sendiri.. Aku masih ingat lagi kata2 mu itu... Tapi kini...kau yg cuba menyembunyikan hal yg ebenar tanpa memberitahuku... 

Sudah acap kali ku pinta... baru kini kau mengerti dan memberitahu ku tentang itu... Kenapa? Kenapa?

I: Salam...I hope u fine today. I'll just want to ask u some question about yesterday. I really sad what u've
   done to me... I was shocked and could not imagine that you can do to me. Erm...
U: Wsslam... Sorry syg... I think u have big trouble mistake about the incident.. Btw, when I call u and I want 
    u to know about "my bag" is in ur car.. And I really need the bag and hurry to do job with friend.. Then, 
    my friend told me that u r so late... "He took my handphone and angry to u... For little time, u lost in a
    way...We need hurry okay... Don't make me angry... I do not like u f**ker... Idiot!" say my friend to u.. I 
    was shocked and dont know how could I do...
I: What?? Ur friend or urs?? Tell me the truth...
U: Really dear... I'm not doing the bad mistake for my beloved and I dont think to do like that... Then, he just 
    talk to me... "Leave her... U'll find any special friend better than her... I dont like her.."
I: Why he talk like that? And why not u fight him to respect me as ur bf...
U: Sorry dear...I always fight him along the journey in car... And, i really sorry for that... I'm promise that 
    when I can't do it again... I will survey who are doing the bad job...
I: Okay...if u say like that... I accepted it...!! And, I want u to know that, I hope u change ur attitude and dont 
   do it again... And make sure ur phone is urs not ur friend...U must assertive and dont give something that urs 
   to the others... Appreciate our belongings...
U: Okay dear... Erm... I'm so sleepy dearr.... 
I: Erm....good nite...luv u... Enjoy ur sleeping toninght and think about what I have said... 

Terlerai sudah kekusutan yg bersarang dalam ingatan kepala ku ini... Aku kini mengerti dan lebih mengerti apa  yg dipendamnya selama ini... Aku berharap sangat yg dia sudah melakukan satu perubahan yg baik buat diri ku yg disayanginya.... Dan, aku juga akan cuba buang segala yg keruh dan ambil yg jernih... 

Sekian sahaja coretan pada malam ini...

Ahad, 19 Disember 2010

Geram + Sakit Hati + Menyampah + Nyesal = Aku tension

 18 Disember 2010

Pada mulanya aku merancang baik bersama sepupu2ku.... Perjalanan pun semuanyer sempurna... Aku gembira... Namun, indah khabar dari rupa.. Kegembiraan kami menjadi sepi pabila mendapat panggilan dari Atam, makcik belah ibuku memberitahu atuk dalam keadaan kritikal. Dan, kami bercadang untuk pulang ke Seremban semula... 

Kemudian... kami dapat panggilan semula... Atuk dah beransur pulih... Jadi, sepupu2ku yg memahami perasaan ku sanggup untuk berpatah balik ke Shah Alam semata2 ingin menunaikan hajatku untuk berjumpa dgn orang yg tersayang.... Aku happy seketika... Ku telefon dia semula dan memberitahu segalanya... Dia mengiakan segalanya dan terkejut kerana aku berpatah balik dan berjumpa dengannya.... 

Okay... sampai saja di sana, kami berpecah.. sepupu2 ku pergi lepak di Uptown dan aku pergi berjumpanya... Dalam perjalanan mencari tempat makan, keadaan masih terkawal... Kami berbual biasa... Dia bertanya itu dan ini... Namun, bila tiba kami berbual mengenai kejadian tak jadi jumpa tadi, dia tak semena-mena naik angin dan marah2 padaku... Aku jadi keliru... Aku sedih... Tidak pernah dia melakukannya padaku selama ini... Setiap kali pertelingkahan kecil berlaku, mesti akan disangkalnya dan berbincang masalah lain untuk tidak mengambil peduli mengenai masalah itu... Namun, malam itu berlainan sekali... Aku dimarahnya begitu teruk sekali.... Aku nangis dalam hati... Hanya hati yg mengetahui apa yg terjadi... Aku bengang... Aku geram... Aku rasa ingin lari daripadanya seketika... Malang menimpa ku... Aku tak jumpa jalan pulang ke tempat di mana sepupu2 ku berada... Ouch! Mungkin balasan padaku... huhu... Aku gagahkan juga diri.... Relaks....Steady.... Cool... Mencari jalan pulang dan akhirnya aku bertemu di tempat permulaan aku tinggalkan mereka.... Dan, si dia yg telah tertinggal beg laptop marah2 aku. APa salah aku??? Bukan aku sengaja buat laptop nya tertinggal dalam keretaku.... Bukankah itu salah engkau?? Kenapa mesti engkau cuai?? Kenapa mesti aku yg dipersalahkan?? Ya! Mungkin kerna aku seorang wanita... Dan kau lelaki.... Tetapi tak semudah itu untuk aku mengikut kehendak kau... Aku juga punya maruah... Aku masih ada ramai lagi yg menyayangi diriku... 

Dan.... setelah dia telah mendapatkan laptopnya semula...aku bla tanpa menoleh ke arahnya dan menghulur tangan salam padanya.... Aku pergi meninggalkannya begitu sahaja... Aku pergi untuk pulang semula ke Seremban... Jam pun dah menunjukkan ke angka 1.00am... Lebih baik aku pulang dari melayan kerenah nya hari ini yang tidak baik setelah pada mulanya mendapat tahu tidak dapat bertemu denganku.... Okay... sebagai seorang wanita...aku mungkin tak dapat bohong hati dan perasaanku yg masih sayang kan mu sebab kau tidak pernah melukakan hatiku selama ini... Aku respect... Aku hormat segala perilaku mu sebagai seorang lelaki yg aku sayang... Tetapi, aku betul2 keliru kenapa kau memperlakukan aku seperti itu pada hari kita bertemu setelah tiga minggu tidak bersua muka... 

Niat di hati ingin melepaskan rindu terhadapmu... Namun, ia telah merelakan kesedihan yg bersarang di hati.. Dan aku ingin bersendirian seketika.. Buat para blogger aku yg disayangi.. Aku minta maaf andai aku tidak update entry baru dalam blog aku mulai esok... Izinkan aku menyepi...Aku perlukan ketenangan dan aku mahu menyendiri untuk seketika waktu... 

Akhir sekali, aku memohon maaf atas kekasaran bahasa di dalam ini yang mengguris hati blogger2 aku... Dan buat sepupu2 ku yg terlibat, aku juga minta maaf kerana telah menyusahkan kalian... Memang tak tahu akan berlaku kejadian seperti itu... Aku tak tahu... Aku bingung... Aku geram... Dan buat insan yg aku hormat..sayang...aku doakan kau bahagia... Aku harap kau fikirkan kembali apa yg telah kau lakukan padaku... Aku tahu kau tension dengan seseorang... Tapi, janganlah melampiaskan marahmu padaku... Andai dapat kuundurkan masa...ingin aku menjadikan semuanya indah belaka... Tidak sekali aku inginkan perkara buruk menimpa diriku... 

Dengan hati yang kehampaan kututup entry kali ini dengan sebuah lagu dari element yg bertajuk "Cinta Tak Bersyarat." Dengarkanlah.....



Jumaat, 17 Disember 2010

Penangan komedi kampung

Kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah hampiri RM3 juta selepas seminggu ditayang

MEMPEROLEHI kutipan kasar RM2.7 juta selepas seminggu ditayangkan menerusi 48 panggung di seluruh negara, bukan sekadar memberi kelegaan tetapi juga senyuman bangga kepada penerbit filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Gayatri Su-Lin Pillai. 

Tanpa teragak-agak, Gayatri mengaku kutipan sebanyak itu menjadikan Hantu Kak Limah Balik Rumah dianggap tertinggi dikalangan filem yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB).
“Saya rasa angka kutipannya akan terus meningkat berdasarkan sambutannya yang masih tinggi. Ya! Saya akui kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah ini memang yang tertinggi dikalangan filem terbitan Tayangan Unggul,” katanya kepada Hip.


Gayatri berkata, dia memang menjangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mendapat sambutan baik daripada penonton tetapi tidak menduga maklum balas penonton amat memberangsangkan sehingga mencetuskan ‘fenomena’ tersendiri. 

Menurutnya, beberapa nama watak dan dialog dalam filem itu juga menjadi sebutan serta ikutan penonton yang sesetengahnya menonton lebih daripada dua kali. 

“Kemungkinan penerbit filem sudah kurang memberi tumpuan kepada komedi kampung dan loghat negeri menjadikan filem ini mendapat sambutan baik daripada penonton. 

“Apabila kami menerbitkan gaya filem seperti itu, ia menjadikan Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai suatu persembahan yang segar kepada penonton. Pada saya, kekuatan filem ini adalah kerana sentuhan pengarahnya, Mamat Khalid yang kelakar, dekat dengan hati penonton, mudah dan ringkas. 
“Faktor lain kerana barisan pelakonnya seperti Awie yang jadi Usin, Pak Uda (Zami Ismail), Pak Jabit (Man Kadir) dan pemilihan bakat baru seperti Ummi Nazeera yang melakonkan watak Che Nin, Johan Raja Lawak sebagai Abi Hurairah serta kekuatan watak pembantu utama, Usop lakonan Syed Asri Mohamed atau Sy8, menjadikan ia satu gabungan cukup menarik,” katanya. 

Biarpun dilihat sebagai filem komedi kampung, tetapi itulah yang membuatkan penonton berasa dekat dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pengisian filem ini, walaupun disampaikan dalam bentuk jenaka dan nampak macam ringan sahaja, tetapi ia tetap padat dan sinis. 

Walaupun bercorak seram, drama dan komedi, sebagai pengarah, Mamat juga turut menyuntik elemen muzikal seperti menampilkan Awie menyanyikan lagu Cinta Kristal yang pernah dipopularkan oleh Rahim Maarof. 

Ia bukan saja untuk mengendurkan ketegangan tetapi juga dapat mengendurkan rasa ketakutan penonton selain hiburan tambahan kepada penonton. 

Mengenai kemungkinan sambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah, Gayatri berkata, Mamat Khalid ada menyuarakan perkara itu dan TUSB sedang menimbang perkara itu. 

“Rasanya tuan pengarah (Mamat Khalid) memang cuba memastikan saya bersetuju dengan cadangan menerbitkan Zombie Ultimatum dengan adanya sedikit watak tergantung menerusi watak Ayu (lakonan Avaa Vanja) pada penghujung Hantu Kak Limah Balik Rumah. 

“Pandai Mamat Khalid. Tapi kami memang sudah lama membincangkan pasal trilogi filem Zombie Kampung Pisang,” katanya. 

Mengulas mengenai penayangannya hanya menerusi 48 panggung sahaja, Gayatri menjelaskan, soal tidak yakin terhadap filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebenarnya tidak timbul sebaliknya memang TUSB sentiasa memberi tumpuan kepada panggung yang boleh memberikan kutipan tinggi. 

“Memang jumlah panggung yang menayangkan filem ini dalam lingkungan bajet kita. Paling banyak sesebuah filem terbitan TUSB ditayangkan ialah 55 panggung. Tidak lebih daripada itu. 

“Saya rasa jumlah panggung yang menayangkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah memadai. Adalah lebih baik kita memberi tumpuan ke atas panggung yang boleh memenuhi sasaran kutipan. 

“Ditayangkan dalam banyak panggung belum tentu boleh menghasilkan kutipan yang tinggi. Kadang-kadang boleh mengurangkan angka kutipan pula,” jelasnya. 
Jumlah 48 panggung yang menayangkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebenarnya agak kecil bilangannya berbanding dengan filem Ngangkung yang ditayangkan di 68 panggung. 

Kemungkinan ada sambungan 

DALAM mengulas sambutan hangat filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat berkata, kejayaan itu juga membuatkan beliau boleh terus berkarya bersama Tayangan Unggul. 

“Saya tidak nafikan TUSB banyak memberi peluang untuk terus berkarya. Bukan itu saja, mereka juga memberi peluang untuk saya menghasilkan apa jenis filem yang saya suka. 

“Filem pertama dengan TUSB ialah Man Laksa. Oleh kerana filem itu kurang dapat sambutan, saya minta TUSB bagi peluang dengan janji filem berikutnya pasti mendapat sambutan. Jadi, saya buat filem Zombie Kampung Pisang. Dan filem itu memang dapat sambutan. 

“Selepas itu, TUSB bagi peluang menghasilkan filem yang saya idam--idamkan iaitu bercorak hitam putih. Lahirlah filem Kala Malam Bulan Mengambang. Filem itu memang tidak mendapat sambutan walaupun menang banyak hadiah dalam festival filem. 

“Saya bercakap kepada TUSB untuk buat filem yang boleh ‘menampung kerugian’ Kala Malam Bulan Mengambang. Mereka bersetuju dan lahirkan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sudah tentu saya bangga filem bukan saja mendapat sambutan tetapi turut menjadi bualan daripada penonton,” katanya. 

Mengenai sambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat berkata, beliau memang ada perancangan untuk membuatnya tetapi ia masih tertakluk kepada masa dan persetujuan daripada TUSB. 

“Dalam kepala saya, ada macam-macam idea. Saya nak panggil balik Que Haidar dan AC Mizal yang pernah digandingkan dalam Zombie Kampung Pisang,” katanya. 

Selasa, 14 Disember 2010

Follower LeYa yg ke 100

Salam sumer...Pagi Selasa ni LeYa nak bagitau hari ni follower LeYa genap 100 orang... So..org yg bertuah menjadi follower yg ke 100 tuh adalah 



Beruntung Orang Muo ni tersenarai menjadi follower yg ke-100... 

So...sebagai penghargaan... LeYa famouskan bLog orang muo ni dengan post entry tentang nya...

Untuk mengetahui apa yg ada dalam bLog Orang Muo...

Sila klik SINI untuk keterangan lebih lanjut...

Harap semua enjoy dengan follower LeYa yg ke-100 tuh...

 All the best Orang Muo... Semoga kamu lebih aktif lagi daLam dunia bLog...

Sekian, wassalam....

Isnin, 13 Disember 2010

'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA

Salam sumer...

LeYa telah ditag oleh Pjaz dalam peace contest ni...

Thanks Pjaz... 

Tuan punye yg reka contest ni ialah.....  



Sila klik SINI dan mari kita tengok apa syarat2 utk sertai contest ni...

contest la pulak kan. contest ini memrlukan anda menghantar satu (1) sahaja gambar, takleh lebih kalo lebih saye amek simpan je dlm blog. haha ;p gambar yang dihantar mestilah gmbar anda, kalo gn kawan2 pon mesti ade anda. dan mesti mempamerkan ''peace'' !! kalo ramai2 pon semua kene peace! haha ;p tengokla contoh gmbr tuan punye belog yg dijadikan banner contest ini. mcm haram. haha ;DD baik syarat2 am nye ade lah :


1. mcm biase la. follow la belog ini. kalo tak follow pon takpe. tp tertinggal berita terkini hiburan tersangsi jgn mara! kalo follow, lain kali korg buat contest bole la i follow korg pulaks!

2. mesti ade blog dan berstatus warganegara MALAYSIA. 
(blogger only)


3. letak banner contest ini di entry anda dan di sidebar berlink kan belog ini.

7. tag kan kengkawan anda juga blogger seramai 3 org. atau 30 org. kah kah kah

8. suda join tinggalkan komen anda pade entry ini supaye senang saye nak g kat belog anda. and tengok anda peace smbil peace balik kat anda!

9. tarikh tutup pade 01 january 2011 okey.

10. hadiah? mystery gift from EZAN IDMA. jengjengjeng..


Okey... Dengan berbesar hatinya LeYa meletakkan gambar di bawah ni sebagai memenuhi syarat contest ni...







Peace....


Dan, akhir sekali LeYa nak tag pada kawan2 blogger LeYa


ADIB

WAN NURNABILAH

KIINA









Ahad, 12 Disember 2010

aKu di KeNyir

Salam sumer... Seminggu LeYa tak update blog ni kan.. Kenapa?? Sebab LeYa with famiLy gi bercuti + famiLy day di Kenyir...

Catatan harian dari mula hingga kembali ke Port Dickson, n9

05 Disember 2010 bersamaan hari Ahad
10.00pagi - Kami bertolak dan berkumpul di stesyen minyak Petronas di Bukit Putus. Menunggu semua hadir dan meneruskan perjalanan.. (8 buah kereta yg akan ke Kenyir + 1 akan ke rumah tunang abg)

11.15pagi - Kami memulakan perjalanan.. Perjalanan pertama kami akan ke Pahang, di mana kami akan pergi meminang tunang abg aku, Kak Ieda..

2.30ptg - Anggaran mase mcm ni lah kami sampai di rumah Kak Ieda.. Memang perut mula bernyanyi2 lagu yg tak diingini..

So..tak perlu panjang cite, kami makan2, ambil gambar & lebih kurang pukul 4.00ptg kami bergerak ke Kuala Terengganu utk check-in di sana..

Perjalanan mengambil masa dlm 2jam... Setibanya di sana, kami ke kedai makan yg berdekatan utk menjamu selera mengisi perut yg sdg lapar.. Kemudian, kami menuju ke Bungalow yg akan kami inap selama 2hari di Terengganu..

06 Disember 2010 bersamaan hari Isnin
9.00pagi - Kaum ayah & ibu pergi ke Kilang Sutera.. Manakala anak2 berehat2 di rumah bermain bersuka ria...

4.00ptg - Semua ahli keluarga keluar pergi ke Pantai Batu Burok dan kanak2 seronok bermain di sana. Sehingga jam 7.00ptg, kami menuju ke Masjid Crystal untuk melihat keindahan panorama di sana.. Semua yg datang terpegun melihatnya.

8.30mlm - Tak tahu mane arah tuju..kami ke Pantai Batu Burok semula.. Kami berehat sambil reka aktiviti sendiri. Kaum lelaki membuat satu pertandingan bola sepak pantai di antara anak2 buah menentang ayah2 mereka... hehe...Memang menyeronokkan melihat pelbagai aksi yg ditunjukkan.

07 Disember 2010 - Hari Selasa
7.30pagi - Breakfast makan nasi dagang...

9.00pagi - Ke Pasar Payang untuk melihat & membeli apa yg perlu. Kemudian, pulang ke bungalow penginapan dan ready utk ke Tasik Kenyir..

1.30ptg - Bertolak ke Kenyir... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit..

3.00ptg - Sampai di jeti dan menunggu bot untuk ke Pulau Sah Besar, di mana kami akan menginap di sana selama 4hari 3mlm...

Setelah semuanya ada di jeti Pulau Sah Besar, kami meneruskan perjalanan mendaki anak tangga untuk ke temapt penginapan kami... Fuuhhh....penat...memang penat tetapi seronok..
Petang kami sampai di sana, kami hanya rehat dan buat aktiviti sendiri..

08 Disember 2010 - Hari Rabu
Pagi2 lagi kami dah bangun... Selepas bersarapan pagi, anak2 melaksanakan pelbagai aktiviti sendiri..
kami menari tarian 'poco-poco' dan 'chicken dance' serta yg lelaki kemudiannya bermain bola... Kaum ayah & ibu teruja melihatnya dan ingin join juga utk hari esok...

Pas tuh, dah selesai semuanyer kami bersiap pula utk menaiki boat ke Air Terjun Saok yg berdekatan... Kami di sana sehingga jam 3.00ptg... Puas sekali kami mandi di situ.. Airnya yg sejuk dan mendinginkan membuatkan kami menggigil kesejukan...

Dah2...dah petang ni....hujan pun dah turun renyai2...kami menunggu boat utk pulang ke tempat penginapan..

09 Disember 2010 - Hari Khamis
Pagi selepas bersarapan kami bersiap untuk bergambar beramai2 dan melaksanakan aktiviti tarian 'poco-poco' dan 'chicken dance' yang diketuai oleh Aisyah dan Hajar serta sukaneka... huhu... seronok sgt..sebab semua join menari...Dan semua bagi komitmen yg terbaekkkkk dari ladang.....hahaha...

Aktiviti-aktiviti yg dijalankan:
1) rebut gula2 oleh kanak2
2) lari bawak bola pingpong dalam sudu oleh anak2 bawah 12tahun
3) lari ikat kaki bertiga oleh remaja
4) lari ikat kaki oleh pasangan ibu & ayah
5) Mewarna bagi kategori 12 tahun ke bawah
6) Karaoke untuk bersuka ria
7) Treasure Hunt bagi kaum ayah & ibu..

Yg best nyer sumer dpt adiah walaupun kalah..hehe...sebab..kami just nk bergembira + berseronok jer...

10 Disember 2010 - Hari Jumaat
Kami gotong-royong pula membersihkan kawasan penginapan kami sebelum pulang...Setelah selesai semuanyer kami memperlengkapkan diri dan menunggu masa utk berangkat pulang...huhu... Trpat jam 1.30ptg, kami menuruni anak tangga ke jeti dan menunggu boat untuk ke tempat di mana kami meletakkan kenderaan..

Dan...kami pun pulang dengan seronoknyer...

Gambar kenangan bersama ahli keluarga


FaMiLy PhotograPher...(means aku laa LeYa..)

bersanTai di Pantai Batu Burok

aYah dan Pak Uda yg banyak membantu dLm menjayakan Hari Keluarga ni..

Akmal, Aiman, Afiq, aKu & Aisyah

meNikmati keindahan panorama Pantai Batu Burok

di Masjid Crystal

Pak Su & Mak Su yg gorgeous....

ibu-ibu....

aNak2 dare kaMi...cewaaahhh........

cucu sulung nek z....

Ingin tengok gambar selanjutnyer.. Pergi ke facebook LamanKeluarga...

Selesai sudah FamiLy Day 2010 yg kami rancang selama hampir 3 bulan ini... Dan...resultnyer sungguh berbaloi sekali...Semua yg hadir seronok sangat...

Sekian, LeYa mengakhiri entry kali ni dengan penuh kegembiraan bersama mereka yang bergelar keluarga.. 



Jumaat, 3 Disember 2010

Aku rindu Dia...

Salam petang sumer buat para blogger yang LeYa sayangi...

Petang2 ni LeYa terase nak post satu entry tentang seseorang yg LeYa amat rindui...

Erm...sape tuh??? Wahhh... LeYa ni jiwang la...cakap pasal rindu..cinta la.. sayang laa.... Hahaha...

Perlu ker LeYa bagitau sape insan yang bertuah yang LeYa sayangi tuh... Tangan LeYa petang ni tetibe jer rajin menari atas keyboard Lappy LeYa ni... So...sebab tuh LeYa post entry macam ni..

Okey lah.... LeYa sebenarnyer rindu pada insan yang LeYa sayangi dan LeYa cintai... Tapi skrg ni tengah cuti semester... Dia pula busy dengan kerja part time nyer... Jadi, kami agak sukar untuk bertemu... Aduh! bosan kan...Nak jumpe jer kene tunggu Sabtu / Ahad depan... lame nyer............. LeYa dah la rindu menggunung macam Gunung Everest dah ni... Erm...tapi pape pun tak kisah r... Janji dapat gak jumpe nanti kan... daripada tak dapat langsung...hehe...

Btw, LeYa kan sebenarnyer nak bagitau start from Sunday 05/12/2010 - 11/12/2010 nih LeYa tak dapat update bLog coz LeYa nak gi Pahang untuk kenduri abangku bertunang dan seterusnyer ke Tasik Kenyir untuk meraikan "FamiLy Day" sebelah ibuku...

Arrggghhhhhh...........terase lenguh sudah tangan2 ku menari di atas keyboard milik lappy kesayanganku ini.. Kaum keluarga serta sanak saudara sudah pun berpusu2 datang ke rumah untuk meninjau keadaan sekeliling atau membantu meringankan beban tuan rumah kerna esok hari Sabtu umah ku ade kenduri kesyukuran sempena abangku nak bertunang tuh laa....

Lalalala.....dah lari tajuk entry nih kan...haha... Okey lah tuh...dah cakap tadi aku rindu dia...Pas tuh aku sambung la ngan cite aku yg lain... Lagipun aku nak bagitau ketiadaan aku selama seminggu nanti takut menggugat para blogger aku pulak.... menunggu kehadiran aku tak muncul2..haha... poyo giler... macam ade jer orang nak tengok bLog aku ni kan.. Ade ker??? Erm...hope ade la kot... Ok2.... biLe lah aku nak berhenti menaip ni kan... tadi cakap dah penat... Tapi tak berhenti2 lagi.... Waduh! gawat ni kok... Baik aku meng'stop'kan diri aku sebelum post entry ni melalut lagi...

Akhir kata dari LeYa... after seminggu nanti LeYa akan update pula tentang keseronokan LeYa bersama keluarga di Kenyir nanti... bye2....

Khamis, 2 Disember 2010

Jom Terjah Blog AnakDaraDen

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua...

LeYa join lagi satu contest iaitu 1st Lucky Draw @ AnakDaraDen.
AnakDaraDen first luckydraw

Korang nak join x?? Sila klik SINI untuk mengetahui syarat2 nyer... hehe...

LeYa nak wat syarat yang terakhir iaitu nak tag pada 2 org yang betuah kali ni.. Sape ek?? Jeng3x...


Jangan lupe yer..Tarikh tutup pada 27 Disembe 2010.

Chocolate Giveway


Salam sumer...lagi sekali LeYa join contest..huhu... Kali ni dari mama naufal n nureen. Memang rajin betul la mereka2 yang buat contest ni kan.. Jadi, LeYa pun tak keberatan la untuk join kan diri LeYa dalam "Chocolate Giveway ni".. Pada sesiapa yang nak join giveaway ni sila klik di SINI dan tarikh tutup giveaway ni pada 25 Disember 2010.