Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dankucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.
Etimologi
Istilah "Char kway teow" ialah transliterasi aksara Cina, "炒粿條", bersandarkan loghat Hokkien, salah satu kelainan pertuturan bahasa Cina. Lebih tepat lagi, "炒粿條" disebut sebagai chha2-koe2-tiau5? dalam loghat Hokkien, dan cháo guǒtiáo dalam bahasa Mandarin.
Bagaimanapun, oleh sebab Char kway teow dibawa dari kawasan pertuturan loghat Hokkien ke kawasan pertuturan loghat Kantonis, nama Cinanya dicemarkan sebagai "炒貴刁". Ini disebut sebagai caau2 gwai3 diu1? dalam loghat Kantonis dan cháo guìdiāo? dalambahasa Mandarin. "貴刁" tidak memiliki sebarang makna literal, tetapi bunyinya dalam bahasa Mandarin adalah serupa dengan "粿條" dalam loghat Hokkien.
"Char kway teow" seringnya dikenali sebagai "Char kway teow Singapura" (星州炒貴刁) atau "Char kway teow Malaysia" (馬來炒貴刁) di Hong Kong bagi menekankan tempat asal hidangan itu.
Dalam masakan Vietnam, hidangan mi goreng yang agak serupa dikenali sebagai hủ tiếu.
Variasi
Pelbagai versi char koay teow telah dicipta. Perkara ini biasa ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Terdapat juga char kuay teow yang dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan manisnya).
Char Kuey Teow Pulau Pinang