Isnin, 25 Mei 2009

Warkah Buat Sahabat

Puas aku fikir entri ape yg aku nak tulis hari ni. Bila otak aku mula memikirkannya...

Dan.... aku pun diberi satu idea utk menulis entri tentang kehidupan seorang sahabat.
aKu pergi ke arah rak buku aku dan mencari koleksi sajak yg pernah kubuat sewaktu ketika dulu. Aku membuka lembaran demi lembaran. Mata ku terhenti pada tajuk "Warkah Buat Sahabat".

Aku berfikir sejenak. "Ermm...sesuai ke sajak yg ni..."

Lantas, tanganku mula menari2 di atas keyboard kecil menaip setiap rangkap sajak dgn teliti.

Mata menatap buku dan laptop berselang-seli, ingatan mengingati setiap patah perkataan ayat, tangan pula laju menjalankan kerjanya. Ya! Hampir keseluruhannya sedang menjalankan tugas masing2.

Dan kini...selesai sudah sebuah sajak yang kucoret di sebalik blog aku ini.

Sahabat
Sesungguhnya aku tidak berkata-kata,
Tetapi tidak semestinya aku diam segala.

Aku hanya temanmu,
ada kalanya jadi tidak menentu
Namun aku adalah aku
Sahabatmu yang tidak punya apa-apa
kehebatan dan kekuasaan.

Sahabat,
Sekiranya aku terjatuh, sambutlah aku,
Sekiranya aku tersesat, jadilah jurumudiku,
Sekiranya aku terlanjur, maafkan sajalah aku.

Memang adat manusia
alpa untuk berterima kasih
dan alpa untuk mengenang jasa.
Namun sahabatku,
Janjimu tetap janjiku,
Nasihatmu akan ku dengari,
Dan akan ku simpan disanubariku.

Usah risau, usah gundah
Akan kita teruskan
Persahabatan ini
Hingga ke akhir hayat.

Sabtu, 23 Mei 2009

Cinta lagi...

CINTA
Kadang-Kadang Aku Merasa Ianya Indah Atau Sebaliknya.. Mengapa Aku Mendapat Perasaan Ini.. Perasaan Cemburu Yang Menggunung Terhadap Orang Lain.. Membuatkan Aku Marah.. Di Saat Itu, Aku Rasa Amat Memerlukan Kasih Sayang Yang Abadi.. Yang Bisa Memberikan Cinta Kepadaku.. Yang Mampu Menerimaku, Apa Adanya.. Bukan Cinta Diatas Dasar Rupa Ataupun Harta, Kerna Aku Tidak Mempunyai Kedua-Duanya..


CINTA
Kau Tersangat Mulia.. Perasaan Yang Lahir Dari Hati Kecilku Ini, Membuatkan Aku Meronta Mencari Teman.. Yakni Teman Yang Mampu Menyukai Aku.. Yang Mampu Mengasihiku.. Tapi, Di Saat Cinta Itu Tiba, Walaupun Itu Yang Kuharapkan Dan Ku Tunggu Selama Ini.. Aku Tak Mampu.. Tak Mampu Menerimanya.. Tak Mampu Mengamatinya.. Kerana Dia Bukanlah Pencinta Yang Setia.. Dia Rosakkan Hubungan Itu.. Memusnahkan Harapan Ku.. Untuk Itu, Aku Sengsara.. Sendirian Seperti Kini..


CINTA
Saat Kau Hadir Semula.. Aku Harapkan Itu Bukanlah Yang Palsu.. Biarlah Lama Kau Kan Tiba.. Namun Ku Cuma Harapkan Sesuatu.. Datanglah Cinta Sejati.. Biar Lama Ku Tunggu, Asalkan Ianya Akan Abadi Untuk Selama-Lamanya.. Oh Cinta...

Khamis, 21 Mei 2009

Aku diserang demam dan asthma

Huhu...Assalamualaikum dan selamat sejahtera sumer..

Erm...sori r smlm aku tak dapat tulis entri baru.. Semalam aku diserang demam. Pas tuh aKu batuk2. Seharian lepas jer mkn ubat aKu tido.

Pergh...memang tak larat..Kalau bangun jer rase mcm nak jatuh. Jadi, aKu terpakse la tido sehingga beberapa jam lamenyer..

Malam, bila ibu tengok mcm teruk jer, aKu pun dibawa ke Hospital PD..

Sampai jer kat sane, aduyai...ramainyer..Aku terpakse la menunggu sehingga giLiran aKu. Sambil tuh aKu tengok tv yang terpasang kat ruang menunggu tuh. Lastly, nama aKu dipanggil. aKu terus ke dalam untuk di check suhu badan dan tekanan darah aku. Kemudian, aku diminta tunggu lagi.. Huhh....lame tul la.. Tapi mase ni badan aKu dah berpeluh sebab dah mkn ubat mase kat umah lepas mkn malam.

Bila nama aku dipanggil semula, aku diberi inhaler hospital.(alaa...yg besar tuh..huhu..). Aku sedut gas tersebut. Tarik nafas.....Pas tuh lepas.... Ha...Lega aKu rase time tuh..

Dan biLa gas dah abis, aKu disuruh rehat lebih kurang 15minit sebelum masuk ke bilik doktor untuk rawatan selanjutnya. Erm....time ni la aKu dapat lihat aksi pesakit yang datang ke situ.

Dahhhhh............

15 minit pun berlalu. Nama aKu dipanggil lagi untuk masuk ke bilik doktor. Nafas aKu diperiksa kembali oleh doktor. Huhu...baRu lepas sedut gas memang la dah ok.hehe... Pas tuh aKu pun ke kaunter ubat untuk mengambil ubat.. Dan akhirnya, aKu pun pulang ke rumah.

Selasa, 19 Mei 2009

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia

Salam sumer....

Aku telah diberi ilham untuk tulis satu entri tentang Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia yang berlangsung pada Hari Ahad yang lepas iaitu bersamaan 17 May 2009..

Bersama meraikan sumbangan Internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan Malaysia kepada dunia dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.

Internet telah merubah cara kita berkomunikasi, belajar dan hidup dengan membuka minda kita kepada dunia tanpa sempadan. Kini, kita berupaya menerokai dunia tanpa meninggalkan rumah, belajar tanpa membuka buku dan berkomunikasi tanpa perlu bersemuka.

Sungguhpun begitu, kita masih perlu berwaspada terhadap bahaya yang terselindung di sebalik Internet. Sebagai ibu bapa dan penjaga, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan anak-anak boleh mencapai Internet dan menggunakan segala maklumatnya dengan selamat tanpa menjadi mangsa ancaman di ruang siber.

Bahaya dan ancaman:
1) Pembuli Siber
2) Pornografi
3) Keganasan
4) Kebencian dan Prejudis perkauman
5) Ketagihan permainan dalam talian
6) Penipuan dalam talian

Cara mudah untuk melindungi keselamatan kanak-kanak:
1) Ketahui tabiat dalam talian anak anda - laman web yg mereka lawati, aktiviti mereka di internet, dengan siapa mereka berinteraksi dan siapa rakan-rakan mereka di Internet.
2) prihatin dengan sebarang perubahan mendadak anak-anak - kelakuan, ketrampilan, tabiat mereka atau semakin berahsia.
3) Wujudkan persefahaman dgn anak2 agar mereka tidak takut utk berbincang sebarang masalah dgn anda. Wujudkan perhubungan komunikasi yg terbuka.
4) Nasihatkan anak2 supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi di Internet.
5) Luangkan masa anda melayari sendiri Internet.
6) letakkan komputer di tempat yg tebuka dan mudah bagi anda memantau aktiviti Intenet mereka.
7) Pantau masa yang diluangkan oleh anak anda melayari Internet.
8) Pasangkan perisian penapis Internet pada komputer anda.

Hasil kerjasama dari Akhbar Harian Metro hari Ahad...

Rabu, 13 Mei 2009

Tags: Wedding Plan

1. How old are you?
~ Now i'm 22 years old r...

2. Are you single?
~ Yup! I'm still single..

3. At what age do you think you’ll get married?
~ 26 - 28 maybe... Depend on my future husband...

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
~ i don't know laa.. coz islam says "Takdir Allah siapa yang tahu" and
Jamal Abdillah says "Takdir Penentu Segalanya"

5. If not, who do you want to marry?
~ If Not? I'm just wanna the bestman to caring me forever and ever.

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
~ Bridesmaid? I dunno who the lucky person to tackle my heart...hehe..
~ Bestman? My bestfriend as I meet him when we study at the same college.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
~ Maybe my wedding planning is on the "Kapal Mewah like Titanic"...perghh....syok nih..

8. Where do you plan to go on honeymoon?
~ Ermmm.... honeymoon??? just wanna to go to visit Iguancu Waterfall at Brazil and
holiday at Paris (the beatiful town in the world)...

9. How many guests do you think you’ll invite?
~ What?? not sure coz I dont mind it...

10. Will that include your exes?
~ Yes. If they want to come on my big day.

11. How many layers of cake do you want?
~ 4 layers... Why I'm thinking like that? coz I wanna 4children..haha

12. When do you want to get married, morning or evening?
~ Morning until evening....haha... (tak reti penat agaknyer....)

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding?
~ Aku ingin kamu....Lagu Romance band.. (eleh...tapi mase nih dah dapat pun kan..huhu)
~ And then, wanna to give short poem to my husband that i'm so seriously love him..

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
~ Of course fine dining coz kite kan org melayu....hehe...

15. Champagne or red wine?
~ Uikhs!! xbleh ni bg umat Islam... Haram!! Dosa!! Tak akan ade dlm my wedding planner..

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
~ RIGHT AFTER!!

17. Money or household items?
~ Household items laa.... Ermmm...I like English style in my home...
coz now my parents home are english style...hikhik

18. How many kids would you like to have?
~Haha... i like it... i want 4 childrens.. 2 boys and 2 girls... Enough!

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
~ Of course r...to remind what had happen for that days...

20. I want to know their wedding plan…
~ Erm....maybe all of you have know that tags...
I think who wanna that tags just pick up and put at your blogs... Thanks..

**Thanks for yen or "AkuScandal" coz give me that tags...I miss you so much...

Adakalanya sepi lebih indah

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih dari tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu, jua aku tak mungkin dapat melupakanmu.

Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi.

Adakalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

Katakan "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang kudapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku."

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah. Lihat bolak-baliknya orang yang tak sudi...

Pemuda: Berapa jauhkah biri-biri ini berjalan setiap hari?
Pakcik: Yang mana, putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Kalau yang putih lebih kurang enam km setiap hari.
Pemuda: Yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Berapa banyak rumput biri-biri ini makan setiap hari?
Pakcik: Yang mana, putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.

Pakcik: Yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik: Yang mana, putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda: Dan yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.

Pemuda: Kenapa pakcik bezakan biri-biri yang putih dengan yang hitam, padahal jawapannya sama saja.
Pakcik: Mestilah, sebab biri-biri yang putih tu pakcik yang punya.
Pemuda: Oooo gitu ke, habis yang hitam tu siapa punya?
Pakcik: Yang hitam pun sama.

Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hak kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.

Isnin, 11 Mei 2009

Happy Mother Day

Masih belum terlewat untuk kuucapkan Hepi Mother's Day....

Erm...aKu bersyukur kerna memiliki seorang ibu yang penyayang, bertanggungjawab, baik hati dan sporting... Tak terbayang oleh ku betapa luhurnya kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya...

Ibu...
dikaulah tempat ku mengadu,
dikaulah tempat kubermanja,
dikaulah penawar hati ini tika ku berduka.

Ibu...
Hanya dikau yang kusanjung dan kusayangi,
Tiada pengganti yang boleh menggantikanmu.

Khamis, 7 Mei 2009

Aku nak kongsi bersama rakan-rakanku

Petang yang begitu hangat sekali bagiku. Sukar untuk aku melelapkan mata pada petang ini. Jadi, kuturuti langkahku ke meja belajarku dan membuka laptop kesayanganku. Lantas, aku pun dial up connection streamyx.

Usai dari itu, status bar Streamyx telah pun terpapar di bahagian menu bar bawah. Aku pun mula la membuka Blog kesayangan aku ni untuk melihat reaksi atau komen dari para blogger. Dan kemudian aku membaca pula entri-entri yang telah dicipta oleh mereka yang bergelar blogger..

Huuhhh....panas btul hari ni...Aku on suis air cond di rumahku..

"Fuuuhhhh......"baru terasa nyaman seluruh anggota badanku ini. Jadi mudah untuk aku membuat kerja atau melayari Internet dengan lebih jauh lagi. Segala website aku telah sedaya upaya membuka dan membacanya.

Dan aku pun terjumpa satu website yang membolehkan kita memiliki website sendiri. Aku amat tertarik kerna memang aku sedang mencari website builder untuk aku buat satu web company.

URL bagi website builder tersebut adalah seperti di http://www.site2you.com/


















Tak susah pun nak mulanya. Korang sumer klik jer button "START NOW" tu..Pas tuh macam biase r...isi maklumat korang....

Pas tuh, t die akan send kat email korang and korang kene active kan account tuh. T mase ni korang leh la nak change password utk kemudahan ingatan korang...

And then, dlm admin panel ni juga lak korang leh ubah macam2 mengikut citarasa korang..

Tak susah kan utk kita memiliki website sendiri...

Di bawah ni plak aku nak bagi free web hosting...

Apa itu web hosting??
huhu...hosting ni adlah satu tapak untuk daftar kan domain kita.

Apa plak domain tu??
Domain yang paling senang aku nak cakap adalah URL address korang yang korang dah create tadi..Utk paparkan eb kita pada pengguna, kita kene la hostkan website kite tuh...

Tak susah pun..sKunk ni dah ade free web hosting...Tak perlu bayar... Mudah kan...

Korang just kene rajin jer meng'update'kan diri korang utk cari dlm search engine yang korang buka... Cth: Google, Yahoo dan lain-lain...



Ni contoh free web hosting yang ade kat dalam Internet.. Ade banyak lagi... Korang cari r sendiri k..
Screenshot pertama: http://www.000webhost.com/
(Pssts....dan sebenarnye aku tau yang korang telah pun memiliki web sendiri.. web blog juga adalah web peribadi kita..hehe...Cuma kalau korang nak kan domain sendiri leh la try hosting kan web korang..bubye...)

Selasa, 5 Mei 2009

Selesai sudah pelaksanaan Laman Web Blog Rasmi LamanKeluarga

Pagi ini sungguh dingin sekali. Terasa berat mataku untuk bangun. Lantas, ku tarik selimut di kakiku dan terus melelapkan mata sehingga jam di dinding menunjukkan angka 7.30pagi... Argghhh....aku menggeliat....Begitu cepat masa berlalu tanpa kusedari kerlipan burung berkicauan di luar dan suasana yang telah terang dinihari oleh sang cahaya mentari pagi. Aku bangun dan terus mencapai tuala. Aku mandi sepuasnya... Kedinginan air di pagi membuatkan aku menggigil kesejukan..

"Ggrrrr....."

Beberapa minit kemudian, setelah aku selesai mandi, aku bersarapan pagi di meja makan. Kemudian, aku mengemas rumah kediaman milik ibu dan ayahku...hehe..(aku lum ade rumah lagi..)..Aku membasuh baju, menyapu, mengemas bilik adik dan abang aku dan lain-lain lagi. Usai dari itu, aKu mula mengatur langkah ke kamar tidurku dan pergi ke arah meja serta membuka laptop untuk melayari Internet..

"Huuuhhh....penatnyer..erm...hari ni aku nak wat pe ek.."aku bermonolog di dalam hati.

Lantas, aku membuka Laman Web Blog Rasmi LamanKeluarga aku untuk di update. Aku mengemaskini laman web tersebut dengan pelbagai aktiviti dan menambah grafik untuk menarik lebih minat pengguna mengaksesnya nanti.

Dan kini, aKu gembira kerana berjaya menghasilkan sebuah Web Blog Rasmi LamanKeluarga aku sendiri. Berkat kerjasama yang diberikan oleh ahli keuarga sendiri, akhirnya Laman Web ini dapat juga dilaksanakan.

Kemudian, aku pun mula mengatur langkah untuk membuka pula laman blog kesayangan aku ini. Aku pun menulis entri tentang kejayaan aku dalam pelaksanaan Laman Web Blog Rasmi LamanKeluarga. Bagi pengguna yang ingin cuba untuk melayari URL LamanKeluarga aku, silalah layarinya di http://www.lamanknz.blogspot.com/

Tamat sudah entri aku yang bertajuk kejayaan aku melaksanakan Laman Web Blog Rasmi LamanKeluarga.

Antaramuka depan LamanKeluarga

Sabtu, 2 Mei 2009

Salam sumer...aku dah kembali aktif dalam dunia blog

Huuuhhh...penat tol menyepi nih.

Erm...macam2 yg aKu dapat...aKu dah ceria kembali... Ceria...........seperti saluran astro ceria di Channel 611..haha...aKu happy now...

Erm...mase aKu menyepi nih banyak tul aktiviti2 blog yg aKu tertinggal... Fuuuhhh...terase ketinggalan zaman jap...tapi tak pe...aKu dah kembali dah ni...aKu akan sambung semula keje2 aKu yg dah tertinggal ni.. Keje? keje pe? huhu...keje membaca entri terkini kengkawan aKu...hikhik...

Erm...kat sini aKu nak bg mase bace entri kengkawan aKu tadi, aKu tertarik r ngan website ni...
"Malaysian Typing Speedtest"....aKu pun try r wat...erm....masih belum pantas rupenyer aku menaip ek...igt dah laju dah..hehe...

Kamu mencapai 191 markah, jadi kamu berada di posisi 13707 dari 44476 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 227 aksara seminit
you mendapat 35 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah
35 perkataan

Speedtest
Erm...pe lagi... korang try r plak... and pada kengkawan aKu yg len yg lum aKu masukkan pape yg korang minta...sabar k....aKu ni bukan nyer robot....sabar tau....tunggu posting seterusnyer...