Tiga tahun perkenaLan anTara aKu dan dia…. Kami beRsahabat baik. SegaLa suka dan duka dikOngsi bErsama. TatkaLa hati diRuntun piLu dan sepi, dia datang mengisi kekOsoNgan jiwa ini. Saat beRsamanya teRasa inDah seKali. Selama 3 tahun itulah peRsahabaTan aKu dan dia maKin akRab… Aku senantiasa membantunya daLam kesusahan dan seBaliknya…
Namun….., peRsahabatan yang terjaLin gOyah di peRtengahan jaLan. Aku dan dia tidak rapat lagi ketika usia semakin meningkat. Ada saja pertelingkahan yang entah daRi mana wujud daLam peRhubuNgan kami itu. Dia yang terkenaL dengan sifat ego lelakinya yang tinggi dan aKu ngan ego aKu sendiri.. Masing-masing tak nak mengaku kesiLapan.. Dan akhirnya terjadiLah pertelingkahan yang kecil menjaDi beSar antara aKu dan dia…. Aku disaLahertikan dLm pErteLingkahan itu. Kesedihan kian terasa saat itu. Orang yang kita sayang tidak lagi memBeri siNar keBahagiaan buat diRi ini. Aku membawa hati yang rajuk dengan tidak bertegur sapa dengannya selama lebih kuRang 3 buLan… Saat itulah, pabila diRinya kesunyian tanpa usikan seRta gurauan daRiku, dia kembaLi kepadaku dan memOhOn maaf atas kesiLapannya yang lalu.
Argghhh….hati wanita.memang mudah saja memaafkannya apabila orang yang disayangi memujuk rayu pada diri ini. Aku maafkan kesiLapannya dan kami beRjanji tidak akan beRlaku lagi peRkara seperti itu. Kami menjaLinkan semula hubuNgan peRsahabatan kami yang dah retak 3 bulan yang lalu.
Persahabatan kami makin akrab seteLah beRlaku insiden yang tidak diingini itu. Benarlah kata oRang, daLam peRhubungan tidak akan indah jika tiada kenangan pahit seperti pertilingkahan antara aKu dan dia itu…. Walaupun ia menyakitkan, namun akhirnya ia menjadi indah dan lebih indah dari yang sebelumnya. Kisah antara aKu dan dia ini menjadi saksi perkenalan kami….
Mulianya dirimu disisiku,
Sering muncul diingatanku,
Maafkan saja kesilapan lalu,
Aku terlalu merinduimu.
Kisah ini aKu cOretkan untuk aKu kenang kembaLi saat kami beRsama menghaRungi dunia yang penuh caBaran dan duGaan.. Sekian, terima kasih.
Isnin, 16 Februari 2009
Cerita aKu daN Dia…
Related Posts:
Pelantikan Upin Ipin Sebagai Duta Pelancongan Malaysia Di Majlis Warna Warni Aidilfitri MOTAC Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Tahniah diucapkan kepada Les' Copaque Production atas pelantikan 2 watak animasi nombor satu negara, Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan da… Read More
DOH-BASSADOR OF CREATIVITY CONTEST Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pencarian kanak-kanak paling kreatif di Malaysia untuk menghasilkan "Doh-Bassador Kreativiti" menggunakan Play-Doh yang pertama pada tahun ini dianjurkan oleh HasBro Toy (Malaysia) S… Read More
Inovasi Pembelajaran Abad ke-21 Secara Dinamik di YES Academy Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Inovasi sentiasa menjadi perhatian dan kepentingan utama kepada semua dalam era globalisasi dan berteknologi kini. Perubahan teknologi bukan sahaja sekadar meliputi pembangunan tekni… Read More
Kisah Percutian Ke Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Akhirnya, barulah LeYa diberi kesempatan untuk kongsikan pengalaman LeYa dan saudara-mara LeYa pergi berjalan ke Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya. Fuhhh... hampir 2 … Read More
Seniman Indonesia dan Malaysia Bertemu dalam Silaturahmi Keroncong Nusantara Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Malaysia dan Indonesia memang sentiasa berkolaborasi dalam apa jua bidang. Pada 23 Julai 2017 lalu, satu program Silaturahmi Keroncong Nusantara telah diadakan di Solo, Indonesia… Read More
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com